Restoran Hospitalis

Restoran Hospitalis
Sebuah restoran yang bertema hospital dibuka di Latvia baru-baru ini bagi memancing pelanggan yang meminati kerjaya sebagai doktor dan jururawat, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Pelanggan juga boleh menyewa jaket doktor atau seragam jururawat untuk dipakai semasa menikmati hidangan di restoran itu.

Restoran unik berkenaan dikenali sebagai Hospitalis.
Hidangan boleh dimakan di dalam ruang bertemakan bilik pembedahan atau kerusi doktor gigi. Malah, restoran berkenaan turut menyediakan ruang makan menyerupai bilik pemeriksaan ginekologi

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati hidangan dengan disuap oleh pelayan yang memakai seragam jururawat.
Restoran Hospitalis

Restoran Hospitalis

7 comments

pelik jugak idea dorg ni..hehehehe..

Jom HI! Menarik tuuu...mesti mesra layanan nurse tu, hehe
Hari2 sakit kalau mcm ni!

macam tak berbaloi jer..macam2 ada

Geli kot makanan macam tu. Kalau aku jadi doktor pun balik kerja tak nak dah tengok benda pasal hospital.

Suka idea creative macam ni..tapi takut tak berselera pulak nak makan..he..he

Adoiiii, peliknya. ! Mcm2 depa ni =)