Header Ads

The Apprentice Asia - The Winner

The Apprentice Asia
Tahniah buat Jonathan Yabut menjadi pemenang The Apprentice Asia Musim Pertama!!!!
Jonathan Yabut sememangnya layak memenangi status sebagai yang terbaik dari terbaik kerana sikapnya yang serius dalm kerjanya.

Dalam tugasan terakhir, kita dapat melihat perubahan Jonathan Yabut yang begitu yakin dalam menjalankan lelongan dan majlis koktel yang santai.

Beliau juga amat bernasib baik mendapat sokongan rakan yang begitu jitu membantu beliau!!
The Apprentice Asia
Mendapat sokongan rakan seperti Celina, Sam dan Nash adalah satu kurnia untuk beliau.

Aku tak mahu menceritakan secara detailed akan tugasan tersebut tetapi jangkaan aku dari awal lagi memang betul.

Jonathan Yabut memang layak digelar juara.
Walau pun anak Malaysia kita seramai 3 orang dan paling ramai dalam pertandingan ini tidak memenangi pertandingan ini .

Tapi aku bangga terhadap Nazril (Nash) kerana bersungguh-sungguh membantu kemenangan Jonathan Yabut. Inilah sikap terbaik salah satu ciri-ciri Malaysia people.

Dalam The Apprentice Asia ini aku telah belajar banyak perkara tentang perjuangan untuk menang. Adakalanya kita perlu menjadi kejam, itu yang paling aku tak suka dalam The Apprentice Asia ini..

Strategi dan kepimpinan harus ada untuk menjadi pemimpin. Seorang pemimpin harus berani dan tegas dalam membuat keputusan. Dan jika pemimpin itu lemah, memang kena pijak kepala ler..hehehhehe.

Satu lagi untuk menjadi pemimpin mestilah ada ilmu!! Dalam The Apprentice Asia pelbagai tugasan mereka terima tapi aku kagum mereka semua cepat belajar dan atas sikap itu mereka cepat maju  ke depan.

Selain itu kerjasama berpasukan mestilah kuat. Tanpa kerjasama ahli-ahli kau tak akan berjaya. Kejayaan anda adalah bergantung pada mereka. dan bagaimana anda hendak mereka ikuti arahan anda dengan baik, itulah kepimpinan anda.

Ahli yang bermasalah akan memberi masalah kepada pasukan. Sebagai contoh tugasan awal, team lelaki asik kalah sebab Hanko sukar dikawal!! Team perempuan hadapi masalah dengan Dian yang degil sikit!!
Caranya suka tak suka terpaksa buang mereka...ehhehehe

Walau apapun tahniah sekali lagi buat  Jonathan Yabut yang berjaya dalam The Apprentice Asia.
Akhirnya penyeksaan selama 11 minggu aku terpaksa menghadap TV setiap hari rabu telah berjaya.

Selama 11 minggu aku tak tengok wayang sebab The Apprentice Asia ini..heheheheh. Yalah!! aku selalu tengok wayang hari rabu sebab GSC kasi separuh harga...

Pencaturan aku selama 11 minggu membuat entri berkenaan The Apprentice Asia ini tidak begitu berjaya. keyword The Apprentice Asia ini impaknya terlalu rendah. Tiada pencarian yang kuat dalam enjin carian..huhuhu

The Apprentice Asia

8 comments

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah kepada yang menang. Yang tak berjaya pun tahniah juga. Bukan semua orang mampu ke tahap ini.

Mia Kassim said...

Tak berapa follow rancangan ni...hehe tapi apa2 pun tahniah untuk pemenang

NJihe.am said...

Salam singgah, pernah dengar juga rancangan ni tapi tak follow pun.

Zawiah said...

jgn sedih bro . ada gak yg komen entry apprentice nih ... heheheee

Sukma Haron said...

tak ikuti perkembangan story nie....

Kathy Rbain said...

dah ada pemenangnyer..

ayut said...

setakat harini ayut plg susah nk jd seorang yg tegas...mmm..tu ssh jd pemimpin kot.lelkai je yg slalu ada ketegasan ni.tu lelaki sesuai jd pemimpin..wlupun ayut tak tgk..tp baca bro hanif tulis pon jd la..hihihi :p

Anonymous said...

Sifat kepimpinan perlu ada pada semua org tak kiralah org tu lelaki atau perempuan..ketegasan diri perlu ada tak kralah lelaki atau perempuan, sbb perempuan perlu juga untuk memimpin kaumnya sendiri..sbg contoh, masa first and second episode, team perempuan menang sbb mereka kuat dgnnya adanya org yang bersifat kepimpinan spt Andrea...pd yang masih tak tgk rancangan ini di TV ada baiknya cuba usahakan tgk..tak rugi..tgk movement setiap peserta baru blh tau siapa diorang dan macamana perjalanan diorg..moral value yg saya dapat di sini ialah:

1) Manusia tiada yang sempurna. Peserta TAA merupakan mereka yang terbaik dari yang terbaik. Sekarang, sy tahu kejayaan mrk selama ini bukanlah sbb mrk itu sempurna tetapi mrk berusaha utk majukan diri sendiri.

2) Skill Mempertahankan Diri Sendiri
Tak kiralah dalam bidang apa yang kta ceburi selagi ianya melibatkan glamour, perlu jadi terbaik, kita akan jumpa manusia yang melampui batas. Oleh itu, kita kena belajar satu skill menpertahankan diri sendiri. Bukannya menjatuhkan org lain!

3) Jalani Kehidupan Yang Berinspirasi
Jonanthan dipilih kerana dia dikatakan mampu memberikan inspirasi kepada org muda utk ke hadapan. Dia mahu berkongsi kejayaannya bukannya menjadikan kejayaannya sebagai satu tiket utk dia terus berada di atas tanpa menghiraukan org di bawahnya. Kalau kita lihat, Jonathan tidaklah setegas Andrea tetapi dia tegas dan bertimbang rasa. Org bawahannya seronok bekerja dengannya kerana mereka tidak berasa tertekan bahkan mereka berasa dihargai. Lihatlah Andrea dan pasukannya, semuanya bagai melepaskan enau dalam belukar. Bak kata Katerine Tan, it's not about you but it's about other people also. Andrea gagal membawa keluar Dian dari kepompongnya. Ningku sahaja yang dilihat berusaha memastikan kemenangan di pihak Andrea.

4) Kita hanya kenal siapa kawan kita bila kita mula bekerjasama dengannya

Alex dilihat mempamerkan sikap acuh tak acuh untuk memastikan Andrea menang. Alex dan Andrea memang sekepala tetapi hubungan mereka lagi sesuai menjadi kawan berbanding rakan sekerja. Bila dah jadi kawan, unsur jaga hati itu mesti ada. Itu yang susahnya!

5) Jaga Rapoh...

Jaga hubungan baik dengan orang. Andrea mungkin seorang yang tegas, seorang yang dilihat bijak. Tetapi, adakalanya cara-caranya menyinggung hati dan perasaan org lain. Andrea mungkin lupa, semasa tugasan yang lepas, semua org nak memastikan kemenangan kumpulan sbb mrk tak mahu kalah dan dipecat. Sbb itu, kita nmpk dia strong dan dia dpt sokongan. Semuanya fikir nak jaga bontot sendiri. Tetapi, dalam tugasan terakhir,keenam-enam mereka itu tidak lagi mempunyai apa-apa kepentingan. Kalah atau menang Andrea dan Jonathan tidak memberi kesan pada mereka. Dalam soal ini, kita boleh nampak Andrea sekadar ada kawan atau kenalan tetapi dia tiada sahabat. Senang cerita, dia kurang dapat sokongan, sbb itu dia stress dan gagal laksanakan kerjanya dgn baik..

6) Semangat Itu Mesti Ada!
Jonathan tak pernah mengaku kalah. Sebab itu, Tony Fernandez kagum denganya. AKu dapat lihat, mata Tony Fernandez macam nak nangis bila Jonathan menyampaikan hujahnya. Meskipun pencapaiannya tidak sebagus Andrea, tetapi dia tetap bangkit dan mengatakan dia terbaik. Keikhlasan terpancar. Betapa, dia mahu buktikan dia bukan sahaja mahu bersama dgn Tony saat kegemilangannya tetapi dia mahu berkongsi sesuatu dengan Tony dalam usaha memajukan Air Asia. Untung kalau dapat staf macam Jonathan!

Oleh itu, daripada kita jadikan rancangan TAA sebagai satu hiburan semata-mata, apa kata kita ambil pengajarannya sekali. Kita mungkin tak boleh jadi garam, tetapi pastikan kita bukanlah lalat yang akan merosakkan makanan. Ahli pasukan yang pasif, lemah, tidak tegas, tiada idea, bermasalah dari segi displin dan attitude, tak profesional, biadap bukan sahaja merosakkan perancangan kumpulan itu tetapi dalam masa yang sama membazirkan masa dan tenaga ahli lain...bak kata Tony, senjata pemusnah!