Traffic Drop Bulan Syawal Ini
Salam Satu Blogger. Sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini, traffic blog agak menjunam jugak ler...hehehehhe. Hilang 50% pageview selama 4 hari ini dan dijangka hingga minggu depan ia akan kekal di tangga kemerosotan ini..hehehehehe.

Biasalah blogger Hanif Idrus ini pembacanya semuanya pembaca Melayu yang beragama Islam dan enjin pencari kebanyakkan dari pencari dari Malaysia. Dan menambah kukuhkan lagi kemorosotan minggu ini ialah aku ialah blogger penulis bahasa melayu... Sah-sah memang merosot ler traffic aku.

Aku pula sepanjang raya ini hanya updated 2 kali sahaja, sibuk nak rayo  katakan..hehehehehe.
Blogwalking hanya sempat 2 atau 3 blog ajer..hahahaha.

Ini semua menyumbang traffic yang slow...
Bagaimana rakan-rakan blogger, semuanya mesti beraya sakan tahun ini .....hehehehhehe.
Tahun ini aku memang tak sempat nak rehat pun, rumah mak aku penuh sepanjang Syawal pertama hingga ketiga.

Bengkak-bengkak kaki mak aku berjalan dalam rumah ini sibuk menerima ang pau raya..hahahahaha.
Itulah kelebihan warga emas..betul tak..

Sok aku suruh mak aku pergi klinik ...kasi inject kaki bengkak...