Header Ads

Vietnam haramkan perkongsian berita di internet

 


Alamak!! ini yang tak bestnya. Vietnam haramkan perkongsian berita di internet. Kalau di Malaysia diharamkan perkongsian berita di internet mungkin ramai blogger-blogger di Malaysia yang gulung tikar sebab tiada idea...hehehehhehe.

Jika diharamkan mungkin politik di Malaysia akan reda seketika dengan berita-berita sensasi yang suka diceduk oleh blogger-blogger picisan hingga menjadi fitnah atau sebaliknya.

Jika diharamkan mungkin idea kit akan bercambah kerana terpaksa berfikir untuk membuat entri atau berkongsi maklumat di FB atau Twitter..

Untuk aku ada baik dan buruknya tapi bila lihat balik.macam OK ajer..heheheheh

Pemerintah Komunis Vietnam akan mengharamkan perkongsian berita secara dalam talian melibatkan para pemilik blog dan pengguna media sosial.

Ia dibuat menerusi satu dekri baharu yang dilihat sebagai tindakan keras mengekang kebebasan menggunakan internet.
Menurut dekri tersebut, pemilik blog dan pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter hanya dibenar bertukar-tukar maklumat peribadi.

Dokumen dekri berkenaan ditandatangani oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan dikeluarkan lewat kelmarin.

Ketua Jabatan Radio, Televisyen dan Maklumat Elektronik, Hoang Vinh Bao seperti dipetik akhbar VNExpress berkata, para pengguna internet dilarang berkongsi maklumat daripada akhbar, agensi berita atau laman web lain milik kerajaan.

Namun, perintah baharu itu tidak menjelaskan bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan atau jenis denda yang bakal dikenakan.

Perintah yang dijangka berkuat kuasa pada September depan turut melarang pembekal perkhidmatan internet asing menyediakan maklumat bertentangan dengan dasar Vietnam.

Antaranya melibatkan isu yang boleh menjejaskan keselamatan negara, ketenteraman sosial dan perpaduan atau fitnah.

Sementara itu, akhbar dalam talian VietnamNet melaporkan, Timbalan Menteri Penerangan dan Komunikasi, Le Nam Thang berkata, peraturan baharu itu bertujuan membantu pengguna internet memperoleh maklumat bersih dan tepat dalam talian.

Pada tahun ini, seramai 46 aktivis didapati bersalah kerana terlibat dalam aktiviti antikerajaan dan telah dipenjara.
Sekurang-kurangnya tiga pemilik blog turut ditahan pada Jun lalu.
 

7 comments

Sukma Haron said...

macam-macam......entah ler......

Kathy Rbain said...

ada pulak macam tu...

BUNDA a.k.a KN said...

bunda kurang arif hal2 macam ni...apa2 pun pendedahan diblog ini serba sedikit memberi maklumat yang berguna ...

terima kasih berkongsi..

...Selamat Hari Raya Dari Bunda....

Normi Nieza said...

macm2..huhu

Normi Nieza said...

macm2..huhu

ayut said...

klu kat msia bt ok jgk tu...kita tgk mcmne perkembangan rakyat ye nnt ^^ ada baik dan buruknya..tp klu lbh byk yg baik why not ...

Nadia Johari said...

lor mcm mn nk tau berita