Blogshop Affliate Untuk Wanita - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Blogshop Affliate Untuk Wanita

The Shop Of Linda.
Disini nak promosikan sebuah blogshop affliate yang saya buatkan untuk seorang wanita yang cantik ..hehehehehe.

Buat sementara ini blogshop ini hanya mempromosikan produk affliate dari Luxola dan Jom Niaga dan tidak lama ia akan menjual barangan dari Zalora dan Lazada.

Nama blog ini sempena mengikut nama wanita manis ini iaitu The Shop Of Linda.
Tujuan si manis ini menubuhkan blogshop ini ialah menjadi hub semua produk wanita dalam satu blogshop yang menawarkan sistem affliate.

Sudah tentu dari masa ke semasa si manis comel ini mesti updated produk-produk terbaru di dalam blogshop ini agar pembeli sentiasa segar dengan produk-produk terbaru.

Malangnya si kiut ini belum mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia blogger ini. Mahu tak mahu aku terpaksa ler ajar selalu...hehehehehhe. Berdua-duaan....emmmmmm.

The Shop Of Linda.
Sebab aku terpaksa menumpukan blogshop ini dengan memperkuatkan teknik SEOnya agar google mudah kesan blogshop yang baru lahir ini.

Selain itu promosi ke facebook blogshop ....ke twitter serta beberapa halaman sosial akan memakan masa juga.
Belum lagi terpaksa membuat facebook dan google page untuk blogshop ini.

Banyak lagi kerja kena buat untuk blogshop ini. Si manis hanya perlu updated sahaja produk di blog dan yang lain aku kena uruskan strategi pemasarannya.

Aku menjangka dalam masa 6 bulan hingga setahun baru blogshop ini membuah hasil jika mengikut aturan yang betul serta rezeki yang dikurniakan olehNya.

Dan kini aku juga job yang akan menanti aku ialah permintaan membuat blogshop dropship. Ini lagi susah kerana terpaksa membuat  sistem pembayaran...huhuhuhuhu.

Walau bagaimana pun silalah beri sokongan pada The Shop Of Linda. Dan apa keuntungan yang aku dapat buat blogshop ini aku dapat masukkan backlink aku sahaja. Tak der upah,,,huhuhuhu

3 hari aku drafting blogshop ini..sakit belakang aku ini mengadap laptop..hihihihih
Demi sayang dan cinta serta keterpaksaan aku buat juga blogshop ini...
Sebab si manis ini ialah isteri aku..ahaks...

8 comments:

Kisah Si Dairy said...

ada jugak buat affiliate dari hishop...

Teacher Basariah said...

Tahniah!!dah siap ye?nnt cikgu leh masukkan dlm bloglist..hihi

Azlan Strider said...

bagus konsep yang dijalankan nie..

Regards,
-Strider-

Isabel Diaz said...

Tahniah. Pandainya Abang Hanif buatkan.

Kathy Rbain said...

wah..terbaik lah...untungnyer wifey hanif di panggil si manis..

Zawiah said...

All the best ...

Mia Kassim said...

semoga berjaya !

Sukma Haron said...

wah...! it's great....siapa lagi nak sokong kalau tidak kita....hehe