Google Adsense Akhirnya Milikku. Tekniknya? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Google Adsense Akhirnya Milikku. Tekniknya?

Google Adsense

Syukur alhamdulilah berkat kesabaranku maka dapat juga akaun Google Adsense!!!
Berbulan gak aku memikirkan bagaimana nak dapatkan akaun Google Adsense ini.

Ramai yang kata Google Adsense dah terima blog bahasa Melayu tapi hampeh....memang mereka tak iktiraf bahasa Melayu...sedihkan..

Lepas itu ada orang ajar aku buat akaun You Tube...hampeh juga sebab kalau nak dapat Google Adsense pakai Yuu Tube mesti ada pageview minimum 1000 pageview.
Disebabkan aku ini pandai buat video...memang tak dapat !!!

Kemudian ramai menyatakan Google Adsense pasti akan terima blog kau kalau kau guna bahasa inggeris. So aku pun buat  ler satu blog tapi blog yang aku buat ini sebenarnya blogshop aku.

Disebabkan blogshop aku ini takder apa-apa produk maka buat sementara semua e-mail aku dari tempat kerja aku post ke blog ini gunakan auto e-mail post ke blog.

Biasalah kerja kilang Jepun pasti kena tulis bahasa english...tapi grammar sure hancur janji boleh baca...hehehehhee.

Sudah berbulan aku buat benda ini dan aku pun dah lupa aku ada hantar e-mail kerja aku ke blog ini...hehehehehe.

So tadi aku ingat nak updated semula blogshop aku sebab aku dah ada produk untuk blogshop aku dan isteri aku pun setuju nak jaga blogshop ini.

Sebelum aku belek-belek templates blogshop aku ini.
Aku cuba ler hantar request untuk Google Adsense, dalam masa 4 jam dah dapat approved...pehhhhhh...

So teknik paling ampuh nak dapat Google Adsense buat blog bahasa english. Google Adsense tak peduli pasal traffic kau atau pageview kau. Janji bahasa english...!!!
Sebab blogshop aku ini memang pageview tahap dewa...tak der pageview pun..ahaks..

Setelah dapat Google Adsense aku switch akaun Google Adsense ke blog Hanif Idrus Blog. Kalau kat sebelah sidebar kau akan nampak kotak kosong kan. Itu kotak Google Adsense tapi belum ada lagi iklan sebab baru dapat tadi kan....

Kesabaran tangga kejayaan. Syukur alhamdulilah dapat juga akaun Google Adsense....
Mungkin bagi orang lain yang mempunyai banyak akaun Google Adsense...lorat aku ini..hehehehhee.

Aku harap perkongsian aku bagaimana nak dapat Google Adsense dapat membantu semua rakan-rakan.

6 comments:

Zira Aziz said...

..tahniah.. :)

usaha tangga kejayaan ..

azrul perasit said...

emm untungla,, bestnya,,

Sue PeLik said...

dah lama tak singgah sini. baca2 entry neh terus blurr apakah?? hahaha amenda neh abam hanip??? huhuhuhu teruk betul aku punya pengetahuan hihihi

Haryati Faizal said...

susah jugak ye...takpe apapun tahniah hanif

Kathy Rbain said...

tahniah ..:)

TiranaAduka said...

tahniah bro