Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele Berang Nama Minta Dipendekkan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele Berang Nama Minta Dipendekkan

Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele
Seorang wanita di sini mendakwa dibuli oleh pihak berkuasa apabila dia diminta menggunakan nama pendek dalam kad pengenalannya.

Nama wanita berkenaan, Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele memiliki 35 abjad. Sejak 20 tahun lalu, hanya nama akhir wanita itu dicatat pada lesen memandunya manakala pihak berkuasa meluluskan penggunaan nama penuh tersebut dalam kad pengenalannya.

Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele
Masalah Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele bermula apabila kad pengenalan diri tersebut telah tamat tempoh dan perlu diperbaharui.

 "Saya diminta untuk memendekkan nama saya semasa memperbaharui kad pengenalan," kata Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele.

 Dia kini berusa untuk memastikan agar nama penuhnya digunakan dalam lesen memandu dan kad pengenalan. Namun, usahanya itu agak sukar kerana tiada ruang mencukupi untuk menempatkan 35 abjad dalam kedua-dua dokumen tersebut

4 comments:

Eiqa Almond said...

Gilee panjang nama diaa, ahhaaa

Mieza Jhaa K said...

hahaha special betol nama tu bagi dia..maksud entah apa2

Che Rosliza Che Mat said...

panjang sangat nama dia...

Kathy Rbain said...

nak menyebut pun tergeliat lidah..