Kerja Melambak!!

hanifidrus
Semalam hari Ahad...terpaksa layan boss aku buat kerja kilang yang harus diselesaikan kerana Isnin ini kena buat presentation..huhuhuhu.
Tapi no problem, boss aku payung aku sepenuhnya...hehehehhe.

Mahu 3 jam jgak ler kami berbincang buat projek presentation ini.... Lega rasanya sebab Isnin aku dah mula berkursus selama seminggu. Baru rasa tenang nak berkursus....

3 minggu ini aku memang sibuk sangat, minggu lepas satu minggu bertungkus lumus pasal projek kat kilang tu. Sebelum tu satu minggu training kat Niosh. Minggu ini sambung lagi training kat Niosh !!
hanifidrus
Ada satu lagi kerja yang tak selesai laporan lapangan Certified Enviromental Profesional in Sewage Treatment Plant Operation ( CePSTPO).  Ini pun nak kena kejar jugak sebab tarikh hantar laporan dah nak tamat ini...huhuhuhu

hanifidrus

Ini belum campur kerja harian aku yang memang tak banyak mana pun..hehehehehhe.
Tapi itulah alam pekerjaan, adakala kerja memang tak der tapi kalau ada kerja , emmmm memang melambaklah...dan time masa kerja tengah melambak. Ada pula masalah kerja yang pula timbul.

Itu yang kau tetiba jadi HULK....hahahahhaha

Share:

10 comments