KL Gangster 2 Memang Di Cetak Rompak!!!!

KL Gangster 2
Hari Ahad yang lalu, aku ada tonton Melodi dan melihat luahan Yusof Haslam tentang cetak rompak filem terbarunya KL Gangster 2 yang belum diterbitkan di panggung wayang ini.

Filem ini yang dikatakan kosnya mencecah RM4 juta telah di cetak rompak. Namun banyak desas desus mengatakan bahawa ini hanyalah trik Skop Production untuk mempromosikan filem KL Gangster 2 mereka.

Dan tadi aku ingin mengesahkan cerita ini dan ternyata KL Gangster 2 ini telah berada di pasaran terbuka.

Gambar sebelah menunjukkan bukti cetak rompak filem KL Gangster 2 ini. Tapi jangan salah faham, aku tak beli yek...hehehehhee

Dan yang paling best kat TV mereka menayangkan filem ini secara terbuka juga.Malah penjual cetak rompak ini siap tanya pada aku mahu tak filem ini...huhuhuhu.

Aku rasa cetak rompak KL Gangster 2 ini ada dalang SKOP Production ini. Itu andaian aku kot ...hehehehehhe.

Walau bagaimanapun aku harap pihak berkuasa ambil tindakan menghalang penyebaran filem tempatan ini !! Setakat ini kalau filem omputih aku memang tak kisah kena cetak rompak tapi melihat filem tempatan kita kena cetak rompak........emmmmmm.

Share:

12 comments