Mari Mencuba Bidang Affliate. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Mari Mencuba Bidang Affliate.

Salam satu blogger. Di dalam dunia blogger ini salah satu mata pencarian yang popular di Malaysia ialah menjoinkan diri dalam bidang affliate.

Affiliate adalah satu program di mana kita bertindak sebagai agen dengan mempromosikan produk orang lain sekaligus akan menerima bayaran komisyen jika ada orang membeli produk tersebut dari link affiliate yang kita promosikan.

Bagi aku bidang affliate ini adalah amat mudah. Disini mudah bukan bermaksud mudah mendapat wang..hihihii. Tetapi mudah dalam ertikata tak perlu nak pening kepala nak maintain affliate ini.

Cara yang mudah ialah join affliate yang bagak-bagak dan kemudian copy banner mereka dan letak di blog anda. Sebagai contoh kat atas blog aku tu ada 2 banner affliate Lazada dan E-Qurban.
Dan kemudian kita berharap ada ler orang yang sudi klik dan beli produk yang kita letak tu..

Kalau rajin sikit kita promote kepada rakan-rakan kita dengan memberi URL affliate kita kepada mereka kalau nak beli produk ini beli kat company yang kita register affliate tersebut.

Selain itu kita membuat blogshop affliate yang kita join. Cara ini tampak lebih profesional ler sebab ada satu blog khas untuk bisnis afffliate kita ini.

Tapi masalahnya sudah tentu kau kena maintain dalam erti kata promote giler-giler blog kau ini. Aku umpamakan kau kena jaga blogshop kau macam baby...hehehehhe. Kena pastikan SEOnya betul dan paling penting kita pastikan ada orang nak lawat blogshop kau tu. Memang cukup mencabar!!!

Kedua kalau kau buat blogshop affliate kau kena pastikan buat entri. Memang kena buat entri sebab dah namanya blog..ahaks. Tapi entri kau sudah tentu promote produk-produk company affliate yang kau join.

Ini pun satu hal kau kena copy gambar dan description produk tersebut dalam entri. Ini sahaja cara nak pastikan blogshop kau berada dalam enjin carian... Tanpa entri macam mana enjin carian nak indeks blog kau....

Tetapi tak kira ler samada kau tepek banner atau buat blogshop, kedua-duanya berpotensi tinggi. Yang penting macam mana usaha kau dan berkat doa kau.

Disini aku ada beberapa company affliate yang sesuai dijoin:
a) Lazada
b) Zalora
c) Luxola
d) E-Qurban
e) Jom-Niaga

Tapi pendapat peribadi aku, kalau kau nak buat blogshop baik guna Zalora sebab kalau kau nak tepek produk kat entri kau amat mudah sebab ia dah kasi code HTML.

Sebenarnya memang melambak-lambak company afffliate di Malaysia ini Produk yang aku tunjuk ini kebanyakan produk wanita.

Aku mencadangkan rakan-rakan blogger mencuba bidang affliate ini tetapi jangan mengharap sesuatu yang tinggi. Tak ramai yang berjaya atau kaya dengan affliate kerana kurang sabar.

Aku dah beberapa kali tergolek buat affliate ini sebab aku tak sabar dan malas...Tapi kalau anda tak mencuba lagi rugi kan.

Alang-alang dah ada blog, apa salahnya tepek beberapa produk affliate tapi janganlah tepek banyak-banyak nanti berat blog kau.

11 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

thanks for info...salam kenal.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Perkongsian yang menarik.. boleh cuba ni.. Terima kasih en.hanif kongsi ni.

Joanna Yunus said...

berusaha itu tangga kejayaan...

Muhammad Khairuddin Lim said...

salam kejayaan...

Isabel Diaz said...

Nak join jugak tapi saya takut blog saya penuh dengan iklan. Hahaha.

hainom OKje said...

Tengok hang dululah Nep...lepas tu kalau hang kaya ....giliran ceq pulak letak hehe

baby comel said...

Kita pun sama mcm kak okje. Hehehhe, insyaAllah. Nk mencuba jugak. Tapi buat masa ni komitmen kerja tu berat, jadi takut tak mampu nk bg komitmen dgn blog ni

Maria Firdz said...

Pernah belajar program nih... Tpi x khatam dan separuh jalan... Sbb bljr msa bljr dulu... Ni bru nk start study balik...

Izzat Eshak said...

Bidang affiliate antara yang paling mudah nak join dan jana side income. Perlu fokus juga.

Zawiah said...

kena sabar tggu rm masuk ...

Kathy Rbain said...

best..