Header Ads

Pageview Hampir Mencecah 1,000,000

Hanif Idrus Pageview 1 juta
Salam satu blogger. Hampir sedikit lagi nak mencapai jumlah pageview 1 juta. Salah satu wishlist aku yang bertahun-tahun aku sabar menanti dan aku hanya tinggal 70 ribu lagi pageview untuk mencapai wishlist ini.

Setelah tiga tahun berblogging baru aku merasa keyakinan untuk mencapai pageview ini. Dan yang pastinya ini bukan pageview tipu..hehehehe. Sebab masa aku mula-mula berblogging aku ada buat benda ini. Biasalah darah muda mula-mula berblogging, nak mencuba semua perkara....hehehehe.

Untuk mencapai pageview yang konsisten bukanlah mudah. Ia memerlukan usaha yang kuat untuk mencapai target ini. Mula-mula berblogging sudah pasti perkara asas anda kena membuat entri setiap hari. Dan yang malas sekali ialah blogwalking!!! Ini mesti kena buat kalau nak dapat pageview yang berterusan tetapi bukan ini yang kita kejar.

Apa yang kita kejar ialah pageview dari enjin pencari  secara khusus dari Google sebagai contohnya. Dengan disiplin membuat entri yang baik dan blogwalking pasti anda akan dapat mencpai matlamat utama ini


Hanif Idrus Pageview 1 jutaMelalui entri yang konsisten, sudah tentu jumlah entri akan sentiasa meningkat dan potensi entri kita index oleh Google adalah amat besar.
Melalui blogwalking yang baik sudah tentu kita boleh mencipta backlink yang baik dan spider Google boleh merangkak dan melompat ( crawl)  ke blog anda.

Dan selepas 2 tahun baru saya merasai nikmat pageview dari enjin pencari selain kedatangan rakan-rakan blogger yang lain. Malah melalui enjin pencari juga saya memperolehi rakan-rakan baru yang mengomen di blog saya.  Barulah saya mempunyai keyakinan untuk merealisasikan matlamat saya ini.

Cuma persoalannya berapa lama hendak mencapai pageview 1 juta ini. Ada blogger yang saya lihat dalam masa 2 tahun dengan mudah mendapat 1 jut apageview. Aku pula lepas 3 tahun baru boleh menyimpan cita-cita hendak mencapai pageview 1 juta!!!

Wishlist mencapai pageview 1 juta yang saya target sebenarnya adalah satu pendorong untuk saya terus berblogging. Tanpa pendorong saya mungkin sudah lama meninggalkan dunia blogging ini.

Hanif Idrus Pageview 1 juta
Tapi pada dasarnya, pageview ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai . Semua orang boleh mencapainya cuma masa yang menentukannya. Untuk saya usia blog bersangkut paut dengan jumlah pageview. Bayangkan jika anda berblogging selama 10 tahun, takkan pageview anda masih di bawah 600 ribu pageview. Mesti lebihkan?

Terutama masa mula-mula berblogging, punyalah payah nak dapat pageview sehari 50 orang. Dan ditambah  tak pandai pasal HTML dan SEO.  Sakit hati dan hampir fed up.
Saya rasa semua rakan  blogger pernah melalaui pengalaman ini kan..hahahahahaha.

Sebab itu kita perlu pendorong dalam blogging ini dengan mulanya saya target 40,000 pageview dahulu. Dan setelah mencapai target saya naikkan ke 100,000 hinggalah kini target terbaru 1,000,000 pageview.
Selain itu pendorong saya yang utama ialah ingin mencapai pagerank yang terbaik. Paling rendah pun PR3.

Tapi sudah dua tahun Hanif Idrus Blog kekal dengan PR1..ahaks.

Kesimpulannya target pageview satu juta bukanlah sesuatu yang tak boleh dicapai. Tetapi aku anggap ia sebagai satu pengukur kemajuan dan pendorong untuk kita terus berblogging.

11 comments

Kisah Si Dairy said...

belum pun sampai pageviews sebanyak tu...

Bin Muhammad said...

Ya, kita perlu ada target barulah ada inisiatif dan pemangkin utk bergerak maju. Insyaallah...xsampai sebulan lagi sampailah 1M. Tahniah Tuan! Satu lagi impian akan tercapai!

p/s: Hmm...Ada juga yg nak tipu pv.

Shaiful Zaidi said...

Tahniah bro...moga berjaya mencaopai 1 million.

Isabel Diaz said...

Tahniah Abang Hanif.

Kathy Rbain said...

tahniah hanif..kathy jauh lagi nak capai semua ni...

Sukma Haron said...

tahniah... hopefully mencapai target.....

Azlan Strider said...

rasa2 boleh cecah tak 1M sebeblum hujung tahun nie..hehehe

Regards,
-Strider-

Haryati Faizal said...

siap buat research tu...tahniah hanif...

Raudzah Z said...

Tahniah hanif...In Shaa Allah tak lama lagi tu...

Tedi said...

Sungguh bersemangat, bagus. Diari Tedi pun ada juga yg baca padahal utk suka2 je. Nanti kalo ada semangat macam bro, bolehlah Tedi target juta-juta... Hehehe

cik amal said...

tahniah.. pulun.. lg sikit je tuu