Selamat Tinggal Nuffnang!!!

 Nuffnang
Aku dah berpatah arang  dengan Nuffnang sebab aku rasa Nuffnang sekarang ni memang susah nak kasi CPUV.

Tahun lepas memang senang dapat iklan CPUV Nuffnang tapi tahun ini ayoooo...memang pelik susah sangat nak dapat iklan CPUV. Ada sekali tu sampai 3 bulan aku tak dapat iklan CPUV dan bukan aku sahaja tapi ramai kawan blogger yang tak dapat.

Baru-baru ini  memang ada dapat ler tapi kemudian senyap balik. Setelah bertahun-tahun setia dengan Nuffnang tapi hasilnya agak mengecewakan.

Tapi aku faham yang yang join Nuffnang ini ramai tapi bayangkan kalau berbulan kau tak dapat CPUV walaupun uniq pageview kau tinggi macam contoh unik visitor aku kat bawah.
 Nuffnang


So aku andaikan persaingan di Nuffnang memang tengah tinggi sangat lerr ni. Dari aku menunggu tak kesampaian baik aku cabut ajer dari Nuffnang.
 Nuffnang

Cuba lihat pendapatan aku dengan Nuffnang berbanding 2013 dengan 2012. Total 2012 semua pendapatan ialah RM696.11. Aku cash out Mar 2013 adalah earning aku dapat 2012 dan sedikit 2013.

Untuk 2013 hanya RM 51.16 sen sahaja yang dapat semenjak 9 bulan...huhuhuhuhuh.
Hati aku kuat merasakan dalam 2013 ini Nuffnang macam ada masalah ajer....dulu punya baik kasi CPUV dengan syarat pastikan ikuti syarat-syaratnya.

Sekarang ni syarat-syaratnya dah tak boleh pakai lagi.. Aku tak tahu ler pengalaman rakan-rakan yang lain. Sekarang ni banyak opsyen lain yang boleh kita gunakan untuk menjana pendapatan samada cara affliate atau dropship atau pengiklan macam Nuffnang seperti Mangga.

Aku tak mahu pening kepala nak layan Nuffnang ni.So sekarang ni Nuffnang dah takder so aku ada masa tumpukan pada job-job online yang lain.

Aku bukannya mata duitan..hahahhahha.
Tapi aku rasa Nuffnang dah tak relevan ler sekarang ni...
Lagi satu sekarang ramai blogger pakai smartphone dan semua blog diaplikasi guna mobile setting.
Bila kita lihat blog pakai mobile setting maka iklan Nuffnang pun tak keluar..
Boleh baca " Mobile Setting Rendahkan Earning"

Walau bagaimana pun aku ucapkan terima kasih selama ini kepada Nuffnang kerana aku merasa jugak earning dari Nuffnang.
Aku bukan marah kat Nuffnang cuma sakit hati...hihihihihihihihihihihihi.




Share:

27 comments