Tamat Latihan Safety And Health Officer

 Safety And Health Officer
Syukur alhamdulillah atas kurnianya, tamat juga aku menghabiskan kursus 22 hari sebagai Safety And Health Officer pada 6.09.2013 di NIOSH.

Berulang-alik selama 4 bulan dimana setiap bulan aku kena menetap selama seminggu akhirnya telah tamat...huhuhuhu. Aku ambil kursus part time atau modular..

 Safety And Health Officer
Tiada dugaan yang berat sepanjang aku menjalani kursus ini dan paling berat pun hanyalah dengan pensyarahnya yang segelintir yang garang-garang..heheheheh.  Tetapi yang garang itulah yang paling banyak  ilmu aku perolehi.

Pelbagai ilmu aku perolehi sepanjang 22 hari ini untuk menjadi kompeten sebagai Safety And Health Officer. Dari segi undang-undang FMA 1967 dan OSHA 1994 aku  diajar tentang pengawalan hazad dari segi keselamatan dan kesihatan.

Manakala dari segi sosial aku mendapat ramai rakan-rakan yang mempunyai pelbagai bidang kerjaya. Tapi  masalahnya semuanya lelaki sahaja, tak der bunga sebagai pemberi semangat saingan..ahaks. Tahu-tahu ajer ler kalau satu kelas penuh dengan lelaki, malas tu memang dah sah!!!

Setiap kursus kompeten pasti mempunyai peperiksaan dan inilah yang paling aku menyampah ini....hehehehe. Ada 4 paper pulak tu... Aku rancang nak ambil dalam bulan Disember ini.

 Safety And Health Officer
Jika sesiapa rakan berminat nak ambil kursus Safety And Health Officer, aku boleh buat entri khas untuk anda sebab tak semua boleh ambil sebab lepas kursus dan peperiksaan sewajarnya kena mencari kerjaya dalam bidang ini.

Sebabnya selepas anda ambil kursus dan peperiksaan , anda kena ambil KAD HIJAU dan untuk mendapatkan kad ini anda kena kerja dalam bidang Safety sebab anda kena hantar repot kepada JKKP ( Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan) setiap tahun dan bulan.


 Safety And Health Officer
Selamat Tinggal Niosh
 Safety And Health Officer
Mari Membaca!!

Share:

32 comments