Header Ads

Asteroid 1950DA Akan Hancurkan Bumi 2880

Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur.

Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad.

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya.

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam.

Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.

Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain

5 comments

husna zahidi said...

Subhanallah petanda apakah ini..:?

anyway #SalamAidiladha buat HI dan keluarga..=)

baby comel said...

kuasa Allah, bila dimana dan bagaimana semuanya atas kehendakNya. Terima kasih abg hanif utk info ni

Azlan Strider said...

macam ala-ala citer amegeddon dah nie..harap2 laa mereka tak guna oils driller utk buat misi selamatkan bumi..hehee

Regards,
-Strider-

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif, salam Aidiladha.. wahh kajian macam2 boleh jumpa kan.. subhanallah :)

Kathy Rbain said...

SubhanaAllah..