Header Ads

Astro Naik Harga 2013

Astro Naik Harga 2013

Hari ini dapat surat dari Astro pemberitahuan bayaran bulanan Astro untuk Pakej Family Package aku yang murah tu dari RM37.95 ke RM39.95. Kenaikan sebanyak RM 2.00 sahaja!!!!

Kenaikan ini efektif pada 24 November 2013 ini.

Alasan yang diberikan ialah kenaikan kos-kos berkaitan penyenggelaraan mereka. Takkan harga minyak naik, Astro kena naik harga jugak.

Mungkin Astro fikir kenaikan RM2.00 sebulan itu bukanlah sesuatu yang membebankan pengguna. RM2.00 sebulan pada zaman sekarang ini apa yang boleh kita beli. Itu mungkin pendapat Astro ketika memikirkan rasional hendak menaikkan harga bayaran bulanan ini.

Tapi aku rasa tak puas hati ler,  aku sebenarnya masuk Astro sebab line TV memang tak clear kalau pakai arial. Lepas bincang ngan bini aku, kami masuk Astro yang paling murah sekali , janji ada rancangan tambahan macam AXN boleh tengok. Kalau boring-boring boleh layan cerita Tamil di channel 202 atau 108...hehehehhehe.

Tiba-tiba naik harga atas sebab-sebab kos tambahan. Suka-suka dia ajer ...
Memanglah RM2 tu tak banyak tapi kalau dibiarkan nanti Astro naik lagi RM2 tiap-tiap tahun, lama-kelamaan kita pun tertipu malah suatu hari nanti margin keuntungannya makin tinggi...hehehehehe.

Dari mengguna alasan nak tampung kos rupanya nak tingkatkan kadar keuntungan...hemmmmm.

21 comments

husna zahidi said...

amboihh astro pon boleh tahan ye nak naik cas..>_<

Muhammad Khairuddin Lim said...

memang harga akan naik lagi dalam sedikit masa lagi....

Abe Kie said...

bn...brg naik..

Sukma Haron said...

tu ler pasal, tak suka sangat bertambah untung ler Astro.....

wantie said...

Betul. Astrolah punca Ariel TV dah tak boleh di guna pakai. sebb kalau jiran sebelah dah msuk Astro Rangkain TV kita yg guna Arial dah tak dapat nak tengok. Ini adalah agenda dorang. bila org dah tak boleh guna Ariel maka secara tak langsung akan melanggan dengan Astro.

bapa juta org guna Astro. kalau RM2xsejuta dorang dah untung 2 juta.


ups.. bila bulan ni tk tengok lagi.

Kathy Rbain said...

hmm..pandai naik pulak yer?

Rozita said...

kami dah lama potong..pasang njoi je free bulanan..

Anonymous said...

gula naik laa tu....

Isabel Diaz said...

Makin tak ada harapanlah saya nak beli Astro nie. Hihi.

Razif said...

Kesempatan Masa utk naikkan harga sekarang ni bro

Azlan Strider said...

aku rasa aku pun nak kena check balik bill aku laa sbb aku nyer package superpack dah macam mahal jer...thanks 4 sharing this bro..

Regards,
-Strider-

inche hlovate said...

ade hari tu org astro asyik call akk sya sebab nak suruh tukar astro beyond tu.nak kne byr jugak tu..pandai betul diaorg ni

Izzat Eshak said...

pakej basic family ni naik RM 2 kan.
jika ada sports tambahan lagi RM 6.

alasan, tahun depan nak world cup.

BUNDA a.k.a KN said...

Betul tu...dalam masa 2 tahun bunda pakai astro rasanyer termasuk kali ni dah 3 kali dah bayaran bulanannyer naik...

Anonymous said...

Bukak minda bro...xde kena mngena dgn BN,PAS,PKR atau DAP...

Syaz Blackrose said...

semua benda sebuk nak naik harga.. makanan yang tak pakai gulapun naik harga gak... pelik
lagi pelik bila astro naik rm 2, gamaknye astro nih pakai gula n minyak petrol nak siar rancangan kot...

Anonymous said...

Info dari Kementerian komunikasi dan Multimedia Malaysia (kkmm).sapa2 ingin buat bantahan atas kenaikkan harga astro
Boleh emel bantahan astro to En. Rahim Bain
rahimbain@kkmm.gov.my
Tlg war-warkan
So lebih ramai bantah officially lagi

Copy pasted

Shaiful Zaidi said...

Bila agaknya harga pakej astro nak turun? asyik naik jer..

baby comel said...

Kita ada sport lagi ler teruk. Campur tax semua mau rm100 atas. Giler ler astro ni. Bukan baik mana pun. Dah ler ulang2 cerita, menyampah

Mieza Jhaa K said...

alaaa RM2 jeeeeeeee...

Byezuera Tajol Aripin said...

dh banyk sgt pertandingan itu ini yg astro taja, mane dtg duitnye lau bukn dr duit² kite ni...skang n udah nk stat maharajalawak mega pulak..urm...pepaham jela