Header Ads

Kelebihan Custom Permalink Blogspot


Dahulu saya pernah membuat tajuk post mengenai permalink tapi rasanya dah tak releven apabila blogspot telah updated banyak fungsi-fungsinya agar lebih mesra SEO.

Definisi Permalink:
" A permalink (portmanteau of permanent link) is a URL that points to a specific blog or forum entry after it has passed from the front page to the archives. Because a permalink remains unchanged indefinitely, it is less susceptible to link rot. Most modern weblogging and content-syndication software systems support such links. Other types of websites use the term permanent links, but the term permalink is most common within the blogosphere. Permalinks are often simply stated so as to be human-readable. "
Bahasa mudahnya ialah: Tajuk sesuatu post itu boleh diubah URL nya (alamat) dengan mengikut kesesuaian kita. Dimana tajuk entri adalah betul tapi alamat URL anda ubahkan.

Kelebihan permalink ini ialah kita mengubah URL post kita agar lebih mesra SEO dan lebih pendek. Pendek kata kita mengubah URL mengikut keyword carian orang ramai.

Sebagai contoh saya membuat entri dengan nama post:
Tajuk: Teknik Menggunakan Post SEO
Secara automatik blogspot akan memberi kan URL anda sebegini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2013/10/teknik-mendapatkan-post-seo.html

Contoh adalah seperti dibawah:

Jika dilihat dari segi SEO, URL anda terlalu panjang!!! Apatah lagi jika menggunakan blogspot yang sudah tentu URL blogspot turut tertera sekali.

Berbanding jika anda menggunakan domain sendiri tajuk entri anda akan menjadi sedemikian:
http://hanifidrus.com/teknik-mendapatkan-post-seo.html

Dari segi SEO sudah tentu blogspot akan kalah dengan pengguna domain dari segi carian enjin !!!

Walau bagaimana pun kita boleh meminimumkan kekalahan kita dengan pengguna domain melalui perkhidmatan "custom permalink" yang disediakan oleh blogspot.



Contoh diatas kita manipulasikan URL kita di bahagian new post>> Link>> Klik Custom Permalink.
Dibahagian kotak custom permalink kita taip keyword entri kita mahu.

Untuk mencari keyword yang sesuai, anda boleh menggunakan Google Analytic ler...
 Setelah membuat carian, anda dapati keyword URL yang terbaik ialah Post  SEO.

Maka di kotak kosong itu anda taip "post-seo" ( pastikan ada "-" untuk membezakan keyword) dan jangan sesekali jarakkan ayat guna spacebar. Kena guna "-".
Kenapa? Ini adalah program yang dibuat oleh satu dunia..jangan persoalkan...hehehehehe.
Aku bukan pakar programmer...ahaks...

Setelah selesai klik >>Done
Oleh itu URL anda akan menjadi lebih pendek dan tepat :
http://hanifidrus.blogspot.com/post-seo.html

Potensi entri anda untuk muncul dalam enjin carian amat cerah sekali berbanding anda menggunakan automatik permalink.
Nasihat saya selalu manipulasi "custom permalink" ini.
Tak susah.....senang sangat!!!

Custom Permalink

Nak ditambahkan lagi kekuatan SEO anda, blogspot telah menyediakan kolum "Search Description". Dimana anda kekuatan SEO akan ditambah melalui spesifik carian yang anda tulis di kolum" Search Description"

.Jika kamu lihat di sebelah kanan post editor terdapat Search Description. Dimana kamu boleh letak ayat ringkas tentang entri anda.  Sebagai contoh anda tulis "post SEO" Dimana nanti labah-labah (spider) SEO akan merangkak (crawler) dan cari benda ini dulu. Gunakan sebijak yang mungkin!!!!

Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah entri kita akan lebih mudah di indeks dan muncul di enjin carian jika memasukkan keyword yang tepat, URL yang tidak panjang menjela, search description yang tepat, image yang menggunakan alt image, pengunaan italic/bold yang baik dan pelbagai lagi.

Semuanya disediakan oleh blogspot dan sebagai pengguna blogspot anda boleh memaksimumkan SEO yang mereka berikan ini.

Kalau nak lagi baik sudah tentu anda perlukan domain sendiri dan lagi baik kalau anda guna hosting dan domain sendiri dan terbaik guna wordpress...hehehehehe.
Tapi kalau nak yang terbaik sudah tentu, memerlukan modal.

Tapi tak mustahil walaupun anda pengguna blogspot, blog anda sentiasa mempunyai peratusan menjadi terbaik jika anda amalkan SEO yang maksimum dan entri yang berkualiti!!
Yang penting sentiasa berusaha.... dimana anda kena kerja kuat lebih dari pengguna wordpress dan pengguna domain.

6 comments

Normi Nieza said...

good sharing...

wantie said...

oo.. gitu rupanya kegunaannya

Sukma Haron said...

belum pernah cuba lagi...nice info.....

Kathy Rbain said...

terbaik..

Azahairi said...

Salam ,
Saya baru tahu kegunaannya
tq ......

Azahairi said...

Salam ...tq atas info berguna nie
sy masih newbie .....