Dipecat Anjur Perkahwinan Mewah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Dipecat Anjur Perkahwinan Mewah


Mana -mana negara pun tidak terkecuali dari amalan rasuah...Di China seorang pegawai bawahan dipecat sebab anjur perkahwinan mewah anak lelakinya.
Dan sinonimnya amalan rasuah ini hanya nampak apabila melibatkan orang-orang kecil. Kalau pak-pak menteri buat macam tu , ramai yang tak perasan...hehehehehehe.
Mungkin mamat tu simpan sehari RM2 sejak anak dia kecil untuk persiapan awal anak dia nanti kot. Yalah!! China benarkan satu keluarga satu anak sahaja...
Seorang pegawai bawahan di China dipecat kerana mengadakan satu majlis perkahwinan serba mewah di sini baru-baru ini, lapor media tempatan.
Pegawai berkenaan, Ma Lingxiang menjadi sasaran terbaharu tindakan keras pemerintah dalam menangani rasuah dan pembaziran melibatkan pegawai kerajaan di China.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Lingxiang yang merupakan seorang timbalan ketua kampung mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Pusat Konvensyen Nasional China di bandar raya ini.
"Majlis itu turut dihiburkan oleh beberapa artis terkenal," menurut Xinhua.
Laporan itu memetik Lingxiang sebagai berkata, dia telah membelanjakan sebanyak 200,000 yuan (RM104,212) untuk mengadakan majlis perkahwinan itu.
"Baki perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut ditanggung keluarga pengantin perempuan," katanya.
Namun, akhbar The Beijing News berkata, perbelanjaan majlis itu pada keseluruhannya mencecah 1.6 juta yuan (RM823,155).

4 comments:

Nur Fahz said...

ya lah mr hanif,kalau org bawahan berbelanja lebih" semua mata nampak..tak kira negara mana pun sama je.. salam aidiladha mr hanif n famili :)

BUNDA a.k.a KN said...

Salam Aidiladha...

baby comel said...

fuhh, nak buat kenduri pun sampai kena dakwa dgn sprm eh. hehe,

Kathy Rbain said...

adeh..sampai mcm tu sekali..