Header Ads

Fosil 46 juta tahun Perut Nyamuk Kandungi Darah Ditemui


Nyamuk

Dah macam cerita Jurassic Park pula, dimana saintis ini menjumpai seekor nyamuk di mana perutnya mengandungi darah!! Ini boleh dibuat kajian DNA apakah yang berada di perut nyamuk ini..hehehehe.

Fosil seekor nyamuk betina yang menunjukkan perutnya mengandungi darah dan berusia 46 juta tahun telah ditemui di tebing sebatang Sungai Montana, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin.

"Ia merupakan fosil yang amat luar biasa tetapi ia satu-satunya yang terdapat di dunia ini," kata ketua penulis kajian mengenai fosil tersebut, Dale Greenwalt.
Dia menulis tentang fosil tersebut di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Nyamuk
Dalam jurnal itu, Greenwalt berkata, perut nyamuk tersebut kelihatan seperti sebiji belon yang mahu meletup kerana ia mengandungi darah.
fosil itu ditemui pada sebuah batu lumpur di tebing sungai tersebut.

Greenwalt merupakan pengkaji dari Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat di Washington D.C.

Sejak bertahun-tahun lalu, dia telah mengumpulkan serpihan batu dari tebing sungai tersebut.
"Batu-batu itu mempunyai lapisan yang nipis iaitu setebal satu atau dua milimeter," kata Greenwalt
 
Dale Greenwalt


 Kalau dalam Jurrasic Park fosil nyamuk dijumpai melalui getah pokok yang saluti nyamuk betina yang perutnya di penuhi darah tetapi dalam realitinya dalam batu..huhuhuhu.

Ertinya Steven Spielberg ini fikirannya melampaui dari zaman pembikinan filemnya...
Muka pun lebih kurang sama saintiis tu dengan pelakon Jurasic Park..hahahahaha.
Aku rasa saintis tu peminat Jurassic Park kot...

3 comments

Rahmat Hidayat said...

mantap infox.. god.. fery god.

Nasuha said...

memang luar biasa...

Kathy Rbain said...

heheh..agaknyer la tu...