Header Ads

Hidup Ini Umpama Roda Kehidupan

Hidup Ini Umpama Roda Kehidupan
Salam satu blogger. Tadi ada terbaca tentang seorang rakan blogger yang bercerita tentang semua rakan-rakannya sedang dan akan berkahwin.

Bila aku membaca entri beliau aku melihat hidup ini macam roda. Pada waktu kita bersekolah dan belajar. Kita akan berada di persekitaran rakan-rakan yang berjaya dalam pelajaran dan menjejak kaki ke menara gading. Ada yang tak belajar terus berkahwin..heheheheh dan ada yang telah bekerja setelah habis sekolah.

Apabila selesai belajar di menara gading, kita dimomokkan pula kejayaan rakan-rakan yang berjaya mendapat kerjaya idaman mereka. Ada juga yang belajar bidang lain dapat kerja jauh dari bidang yang mereka belajar...hahahahaha. Dan ada juga yang tak dapat kerja berbulan-bulan..ahaks. Belum ada rezeki lagi kot..

Setelah itu roda terus berputar. Kita melihat ramai rakan-rakan kita berkahwin. Sibuklah kita dalam 4 atau 5 tahun ini asyik beli hadiah untuk rakan-rakan kita. Melihat mereka berkahwin buat kita rasa geram nak berkahwin pula...hahahahhaa.
Akhirnya kita pun berkahwin!!!!

Hidup Ini Umpama Roda Kehidupan
Roda terus berputar... Kali ini kisah rakan-rakan dah ada baby baru. Semua rakan-rakan yang dah kahwin ramai dah dapat baby termasuklah kita. Kisah dapat baby ini agak lama juga, makan masa hingga 10 tahun kisah ini akan bermain dalam hidup kita.

Yalah....ada member sampai 5 anak... Aku sendiri pun ada 2 anak. Memang makan tahun kisah rakan ada baby baru ini..hehehehe.
Dan sesekali kita terdengar rakan kita baru nak kahwin, ni kes lambat kahwin ler....hehehehehe.

Lepas tu kisah anak nak masuk sekolah pula. Kecoh ler sikit anak-anak nak masuk darjah satu atau nak masuk tadika. Sebab pengalaman pertama hantar anak sekolah kan..kan..kan..

Roda terus berputar....Pada masa ini kita dah matang dan ekonomi dah stabil sikit ler. Tak ler susah masa mula-mula nak hidup masa berkahwin. Gaduh-gaduh ngan bini pun dah kurang sebab dah mula memahami antara satu sama lain. Mula-mula kahwin biasalah tersenget sana sini..hahahahaha.

Hidup Ini Umpama Roda Kehidupan
Roda terus berputar. Pada ketika ini kita berada di generasi yang akan ambilalih dunia kehidupan. Pada masa ini kita akan menghadapi berita tentang kematian bapa dan mak saudara dan juga ibubapa kita. Pada ketika inilah kita akan banyak  ke majis-majlis tahlil dan melawat bapa atau ibu saudara yang sakit atau tua.

Dan paling menyedihkan kita akan menguruskan pemergian orang tua kita. Inilah roda kehidupan yang mesti kita lalui!! Tapi aku ingatkan rezeki, ajal dan jodoh di tangan Allah, sudah tertulis dan kita akan hadapi semua ini.

Aku dah lalui pengalaman menguruskan pengebumian ayah aku dan ia satu pengalaman yang banyak memberi pengajaran..

Aku boleh bercerita hingga roda yang tertulis diatas sahaja. Sebab aku tengah melalui roda itu sekarang... Dan aku tahu tak lama lagi, aku akan melalui roda kehidupan dimana anak-anak akan membesar dan melihat peel remaja mereka.

Bertemu rakan-rakan lama yang berjaya dan tak berjaya!! Melihat dunia ini bukan lagi dari segi keseronokan tetapi melihat dunia ini sambil berfikir apakah amalanku selama ini.

Hidup ini memang macam roda.. Dari berjuta-juta tahun hingga kini, inilah kehidupan seorang manusia akan lalui. Berulang-ulang macam sejarah..

9 comments

husna zahidi said...

benar!! tiap saat dan ketika roda kita sebenarnya tengah berpusing sedikit demi sedikit menanti penghujung hidup seseorang..=)

Raudzah Z said...

salam aidil adha hanif..

baby comel said...

Ye, roda tetap akan berputar naik turun atas dan bawah selagi nadi kita berdenyut. Terima kasih abg hanif utk perkongsian hebat ni. mengingatkan saya bahawa hidup ni tetap ada indah walau dalam hujan basah..

Kisah Si Dairy said...

kita tak boleh lari dari hidup seperti putaran roda..

Azlan Strider said...

salam aidil adha hanif..agreed tu..roda akan terus berputar sehingga sampai satu masa ia akan berhenti..persoalanya adakah kita berada dimana kita mahu ketika ia berhenti??hehe

Regards,
-Strider-

Cendol said...

Salam, entah kenapa ..deeply touched dgn entry ni..terima kasih kerana mengingatkan sedikit sebanyak yg hidup ni macam roda dan mula menghitung amalan diri..

Haryati Faizal said...

betul tu hanif, lagi satu hidup di dunia ni pun hy satu persinggahan...

Vee said...

sebagai muslim , putaran itu perlu kita lalui dgn redha . maka , sebelum roda itu berhenti , bersedialah ...

Kathy Rbain said...

kathy dah merasa roda melihat anak naik remaja..pening juga kepala..hehehehe..