Kursus Train The Trainer - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kursus Train The Trainer

Kursus Train The Trainer
Pada 28.10.2013 aku ada lima hari kursus yang dihantar oleh syarikat aku untuk menghadiri kursus Train The Trainer di bawah Pengurusan Sumber Manusia.

Aku difahamkan kursus ini adalah kursus kompentensi yang diakui oleh semua agensi kerajaan dan swasta. Atau pendek kata diiktiraf sebagai  PSMB  certified trainer. Itu maklumat yang aku dengar ler..hehehehhee.

Pabila kita pergi sesuatu kursus itu, aku selalu ingatkan diri aku dan rakan-rakan, pilihlah kursus yang diiktiraf. Jangan pi bantai ajer kursus yang kau kena bayar ribu-ribu ringgit tapi tidak di iktiraf sebagai kompentensi.

Kursus Train The Trainer
Aku dulu banyak sangat training yang aku join malangnya sijil yang aku dapat kebanyakkan tak diiktiraf. Rugi rasanya tapi aku dapat ilmunya..itu yang pentingkan.

Kenapa kita perlu dapatkan kursus yang kompentasi ialah kerana ianya menjamin masa depan anda semua. Zaman sekarang buan zaman yang berdasarkan pengalaman semata-mata selain daripada itu anda mesti mempunyai perakuan yang mengatakan anda ini berilmu.

Dengan pengalaman dan perakuan profesional dari agensi yang  di iktiraf maka nilai diri anda dipasran menjadi tinggi.

Ramai kata, nak dapatkan sijil profesional ini bukan senang!!! Tapi aku katakan di Malaysia ini, kalau nak anda jadi profesional hanya perlu hadiri kursus 5 hari dan ada duit beribu-ribu untuk bayar yuran pendaftaran. Lepas tu ambil peperiksaan yang diberi dan lulus dan  anda layak dipanggil profesional.
Dan sedikit tambahan ialah anda kena buat laporan lapangan /repot jika perlu.

Dan aku bersyukur kepada Allah kerana tahun ini aku memang dilimpahkan dengan latihan yang diberikan oleh pihak syarikat. Traing Kompentasi Sewage Regulation ( CePSTPO), Safety And Health Officer Training dan terbaru yang ini, Dan bulan December Insyaallah kalau ada rezeki pergi training Lead Auditor di SIRIM.

Kalau nak kira semua kos training aku tahun ini mahu cecah lebih RM10,000...huhuhuhuhuhu.
Belum lagi yang aku claim minyak dan elaun training...hehehehhee

Memang ler kalau pergi training ni satu ada ajer masalahnya iaitu kena belajar...hehehhehehe. Tapi untuk aku ilmu itu satu kurnia dan suka tak suka kita kena kejar ilmu kalau nak berjaya dalam kehidupan.

Dan yang paling penting sambil dapat ilmu aku juga dapat release dari kerja harian yang memang tiap-tiap hari penuh masalah. Lima hari ini lega rasanya dapat fokus pada latihan dan sesekali boleh lupakan tentang kerja..ahaks...

4 comments:

Normi Nieza said...

selamat berkursus a.hanif..:)

Sukma Haron said...

sharing is caring.....hope ilmu yang dipelajari dapat dikongsikan....

Raudzah Z said...

Selamat bertraining Cik Hanif...Janagn berhenti menuntut ilmu k..

Kathy Rbain said...

btl tu...biar training yg diiktiraf,tak rugi...