Lelaki Paling Tinggi Akhirnya Berkahwin - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Lelaki Paling Tinggi Akhirnya Berkahwin

Sultan Kosen
Selaku lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen sudah pasti sukar untuk mencari teman hidup yang sesuai dengan ketinggiannya 252 sentimeter (8 kaki 3 inci). Tidak hairanlah apabila dia menganggap perkahwinannya dengan Merve Dibo yang setinggi 173 sentimeter (5 kaki 8 inci) sebagai satu keajaiban

Sultan Kosen
Meskipun perbezaan ketinggian mereka begitu ketara, Sultan, 30, meraikan hari paling bersejarahnya kelmarin apabila berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun itu di negara asalnya, Turki.

Sebelum berkenalan dengan Merve, Sultan pernah meluahkan kekecewaannya untuk mencari rakan hidup memandangkan kebanyakan calon terlalu rendah berbanding ketinggiannya.

Namun, kelmarin, petani separuh masa itu yang terpaksa menempah khas pakaian perkahwinan dan kasut saiz 28 untuk majlis itu berkata, dia begitu gembira kerana menemui Merve.

“Agak malang kerana saya tidak menemui calon sama tinggi dengan saya. Tetapi kini, saya sudah mempunyai keluarga dan kehidupan peribadi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Sultan, seorang daripada 10 lelaki yang menjangkau ketinggian lapan kaki menghidap kecelaruan pertumbuhan yang dinamakan ‘pituitary gigantism,’ yang menyebabkan tubuhnya mengeluarkan hormon pembesaran secara berterusan.

Tubuhnya mula tinggi pada usia 10 tahun dan dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di dunia pada 2009 dan akhirnya berhenti membesar pada 2011.

Pemegang rekod lelaki paling tinggi di dunia ialah Robert Wadlow dari Illinois, Amerika Syarikat yang mati pada 1940 dengan ketinggian melebihi 272 sentimeter.

7 comments:

Kisah Si Dairy said...

hamboi...tinggi bebeno....jodoh dah sampai...

Shaiful Zaidi said...

Kalau jodoh tak ke mana...

Kathy Rbain said...

tingginyer dia...

husna zahidi said...

tahniah buat mereka..=)

setiap yang bernyawa pasti akan ada pasangan hidupnya..

veesandy said...

nak cecah syiling tu kepalanya . setiap org ada jodohnya ...

Razif said...

Jodoh dah sampai... nama dia best, Sultan tu

baby comel said...

Fuhhh, bestnya.. laki tinggi cmni