Mayat Ditinggalkan Di Jalanraya Sebagai Pengajaran - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Mayat Ditinggalkan Di Jalanraya Sebagai Pengajaran

hanifidrus
Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.

Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.

Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.

hanifidrushanifidrus
Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.

Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.

Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya.
Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.

Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.
Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain

14 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

terbaik...

Haryati Faizal said...

pengajaran tuk yg lain...

Farah Waheda Wahid said...

biar yang lain seriau tengok... dan tak buat benda yang sama...

Bin Muhammad said...

Kawasan perumahan 240km/j...Memang menempah maut!

Azlan Strider said...

macam kejam bunyi..tapi mungkin itu pengajaran yang perlu utk pemandu kat sana..hehe

Regards,
-Strider-

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. ngerinya.. takut sheila tengok :(

Syazrin Rayhan said...

pergh...sia2 hidup.. ini la ne klu dh kaya sgt smpi jlnraya pun anggp mereka yg punya..

P/s : syg keta tu, bgus lg dia bg aku :P

hootoh.my said...

Ini mmng ada masalah otak. di area perumahan dengan speed 240km/j.. Saya cadangkan bonggol setiap 100m

Yumida Huda said...

fuh mahai keta tuuuu
pengajaran yg terbaik bg iktibar utk mat rempit
nasib baik kat china

TiranaAduka said...

salam bro anep
Laju sgt. Kelajuan boleh menbawa padah...
Untung kita di sini..tak de sikap sedemikian.

Kathy Rbain said...

boleh plak mcm tu..

NJihe.am said...

Salam singgah, ngerilah tengok. Lagipun nak nasihatkan orang kaya memang susah.

Raudzah Z said...

Sedihkan bila jadi macam ni..tapi itulah nasib masing-masing yang kita tak tau..

Sukma Haron said...

kat Malaysia boleh buat macam nie tak...?