Header Ads

Musim Haji Vs MERS Virus

Musim haji telah menjelma tetapi negara Arab masih lagi bergelumang dengan ancaman Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Kerajaan Arab Saudi sudah membuat persediaan untuk menerima sekitar dua juta jemaah haji dari seluruh dunia pada minggu depan walaupun negara ini berhadapan ancaman penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Pihak berkuasa turut menyediakan perkhidmatan kesihatan di sini dan beberapa tempat lain termasuk di 25 hospital awam dengan 2,500 katil selain beratus-ratus pusat perubatan.

Menurut angka rasmi Arab Saudi dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus MERS telah meragut 49 nyawa di negara ini daripada 58 mangsa seluruh dunia.
Pihak berkuasa Arab Saudi turut menasihatkan bakal jemaah yang sakit dan warga emas mengelak mengerjakan haji pada tahun ini.

Kementerian Kesihatan di negara Asia Barat ini turut menggesa jemaah haji memakai penutup muka yang menutup hidung dan mulut kerana wabak itu boleh merebak melalui udara.

Selain bimbang dengan virus itu, pihak berkuasa Arab Saudi juga sibuk memperbesarkan ruang ibadat di Mekah yang menjadi punca jemaah haji terpaksa dikurangkan pada tahun ini.

Pada tahun ini, ibadah haji bermula pada Ahad ini dan berakhir pada 18 Oktober depan.

Di harap jemaah haji Malaysia semuanya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan mereka.
Yang penting mereka ikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

5 comments

Farah Waheda Wahid said...

semoga semua jemaah haji dari Malaysia selamat dan sihat hendaknya...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. ada wabak? semoga orang yang sedang mengerjakan haji, dilindungi daripada terkena wabak ni. aamin :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga semua jemaah haji selamat semuanya.

Kathy Rbain said...

semoga sihat semuanya...

ayut said...

smoga mereka yg mengerjakan haji dapat meyempurnakan haji mereka dengan sempurna dan sihat selalu..amin..