Header Ads

Pendapat Perokok Berhubung Kenaikan Harga Rokok 2013

rokok 2013
Salam satu blogger. Satu kejutan buat perokok-perokok Malaysia apabila kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan harga rokok hampir 15%. Ini telah menimbulkan keluhan di kalangan perokok-perokok Malaysia di mana kenaikan harga rokok bermakna pertambahan perbelanjaan apatah lagi baru-baru ini kenaikan harga minyak serta harga kenaikan barangan berkaitan menambahkan beban di kalangan rakyat biasa.

Perbelanjaan pertambahan boleh kita kira sekotak rokok Dunhill kini berharga RM12.00 dan jika sehari sekotak bermakna perbelanjaan bulanan ialah RM360. Harga bayaran bulanan untuk sebuah kereta Viva!!!! Malah kalau di Melaka ianya juga boleh dikategorikan harga sewa bulanan rumah sewa untuk sebuah keluarga. Kalau setahun, perokok harus mengasingkan wang saku mereka sebanyak RM4,320!!

Jika dilihat dari kacamata seorang perokok ianya amat tidak adil kerana rokok kini boleh dianggap sebagai barang utama untuk seorang perokok. Rokok boleh dianggap sebagai barangan utama yang lain seperti kereta, rumah atau makanan seharian!!!

Bagi seorang perokok jika harga rokok dinaikkan sudah tentu mereka akan mencari alternatif lain dengan mencari sumber yang lebih murah. Dimana rokok seludup atau nama khasnya Rokok Tak Sah akan menjadi pilihan utama.

Apabila perkara ini berlaku sudah tentu permintaan rokok tak sah ini akan melonjak naik dan akhirnya jualan rokok sah akan menjunam jatuh!! Secara tak langsung, syarikat yang pengeluar rokok sah akan mengalami penurunan dalam margin keuntungan mereka.Tindakan kenaikan harga rokok bukan sahaja menekan pengguna rokok tetapi menekan pengeluar rokok secara langsung.

Apabila kenaikan harga rokok berlaku, tugas penguatkuasa semakin bertambah. Dimana mereka harus lebih fokus membuat penguatkuasaan dan pemantauan terhadap penyebaran rokok tak sah ini. Padahal penguatkuasa juga mempunyai tugas-tugas lain yang sama penting dengan memantau rokok tak sah ini . Apabila fokus penguatkuasa ini 80%  memantau rokok tak sah ditekankan  ini maka isu-isu penyeludupan yang lain menjadi rendah dan  akhirnya bak pepatah melayu berkata. Yang dikendong berciciran...alamak aku lupa ler..hehehehehe.

Apabila berlaku kenaikan rokok, secara tak langsung kadar generasi baru perokok akan bertambah!!! Jangan terperanjat kerana rokok yang dahulunya dianggap sebagai barangan biasa kini kita boleh katergorikan barangan mewah. Bayangkan jika rakan anda menghisap rokok yang bernilai RM12.00,  sudah semu arakan-rakan lain merasa taksub kerana kemampuan beliau membeli rokok tersebut.

Inilah yang akan berlaku pada pelajar-pelajar sekolah, jiwa anak-anak muda yang ingin bergaya. Dalam kepala mereka jika aku hisap rokok Dunhill sudah tentu geng aku akan tabik spring kat aku sebab aku mampu beli!! Pendek kata kalau kau hisap rokok Dunhill, kau  diumpamakan macam membawa kereta BMW!!! Inilah yang kita namakan psikologi terbalik yang akan berlaku nanti.

Apabila berlaku kenaikan harga rokok, pemikir-pemikir agung tidak akan ujud lagi. Biasanya pemikir-pemikir agung adalah perokok dimana mereka mencari idea semasa menghisap rokok. Hanya dengan sebatang rokok mereka dapat menyelesaikan berpuluh masalah dunia!!  Jangan disangkal perkara ini, kerana ini adalah kebenaran yang berlaku di alam realiti.
Apa akan jadi jika pemikir-pemikir ini tidak merokok lagi, sudah tentu akan ujud tekanan mental pada diri  mereka dan akhirnya  mereka semua akan masuk wad mental..ahaks...

Untuk atasi masalah ini ialah mengurangkan harga rokok lagi rendah dari harga rokok tak sah. Cadangan yang gila tetapi inilah datangnya kelogikan. Sebagai contoh kita ambil seorang kanak-kanak yang berminat makan KFC. Kalau mak dia kata nak makan KFC menjerit-jerit nak makan. Sebabnya mereka jarang makan KFC!!!
Cuba kalau tiap-tiap hari kau kasi makan KFC, satu hari nanti mereka tentu jemu dan kalau kau makan KFC pun mereka tak mahu lagi.

Sama seperti rokok, kenapa kempen TAK NAK  gagal, inilah sebabnya kerana lagi kau halang mereka, lagi ramai yang akan menjadi generasi baru perokok. Cuba kita semua buat tak tahu ajer, tak payah lorat-lorat  halang perokok ini. Sudah tentu generasi baru perokok akan berkurangan.!!! Sekali lagi persoalan psikologi mesti ada...

Tapi malangnya pembuat keputusan semuanya adalah ahli-ahli bijak pandai yang memikir satu arah sahaja. Tidak mahu UBAH  corak pemikiran mereka dan pepatah orang putih pernah berkata, orang yang berjaya ialah orang yag berfikir diluar kotak....

Itulah pendapat perokok berhubung kenaikan harga rokok 2013 ini.. Inilah luahan hati mereka...hehhehehehehehhe.

11 comments

wantie said...

sangat sangat setuju. risau ngan anak anak remaja yg baru membesar. ibarat ketam mengajar anak berjalan. perokok suruh anak jgn hisap rokok.cam no tu.

dah golongan cerdik pandai pun merokok kan..

saya beli rumah kos rendah 10 tahun lepas. bulanan pun 300 jerk. mak ai.. kos sebulan perokok dah boleh bayar installment rumah saya le tu.

Syukur my hubby bukan seorang perokok.

Normi Nieza said...

moga ramai brhnti merokok spls nie..:)

Rapunzel Cikilolo said...

perokok tak pernah pk nak berhenti pun...

pening kejap je...

haha!

Kathy Rbain said...

nasiblah encik hubby bukan perokok...sewa rumah kathy baru RM350,3 bilik tido..hehehehe.

Maria Firdz said...

Setuju sgt... Sama juga dgn kes2 yg lain kn... Teringat kata2 saidina abu bakar... Keburukan jika disebarkan akn mmbwa lbih byk keburukan...

Zawiah said...

saya sangat suka sebenarnya . lagi saya suka klu subsidi rokok tu diberikan kepada minyak . dah tentu lebih ramai dpt manfaatnya . majlis fatwa dah fatwakannya sebagai haram !

Hootoh Tudia said...

Tempuhi kenaikan harga rokok dengan hati yang tabah

kucen master said...

X perlu naikkan harga rokok.haramkan je.biar jdi sama taraf dengan dadah.barulah tabiat haram di sisi agama ni berkurangan.kalau sampai bila2 pon ramai perokok sesukahati merokok x kira tempat.aku nak lepak kedai mamak pon lemas dengan bau benda haram ni

Sukma Haron said...

jangan tanam tembakau....puncanya....

edywanwan said...

harap2 rokok seludup tak putus, ni aje yg mampu beli skrg. Kalau dunhill turun harga RM5 rokok seludup slow sikit.

Anonymous said...

nasib baik ada rokok seludup, lepas jgk gian.
Rokok kerajaan mahal sgt.