Header Ads

Pokok Dalam Menara Kaca

Sebuah rumah kaca dibina mengelilingi sebatang pokok fir setinggi lebih 12 meter di sebuah kawasan hutan di Kazakhstan.
Kediaman unik itu dibina sebagai tempat percutian idaman jauh daripada kesibukan kota raya.

Dinamakan 'Pokok Dalam Rumah' itu dibina di sebuah hutan kawasan pergunungan dekat sini.
"Rumah dinding kaca empat tingkat ini mempunyai empat tiang besi dan dihubungkan dengan tangga berbentuk lingkaran,"kata arkiteknya, Aibek Almasov.

Kediaman mesra alam tersebut katanya, dibina untuk seorang ahli perniagaan tempatan berusia 38 tahun pada tahun lalu.
Di kelilingi oleh pokok fir, rumah kaca itu dibina dengan kos mencecah £240,000 (RM1.2 juta).