Header Ads

Program eQurban Korban Dan Aqiqah Di Kemboja





Salam satu blogger. Semalam saya berjalan-jalan di Melaka dan sudah tentu kehangatan dalam Hari Raya Qurban ini banyak banner-banner digantung di tepi-tepi jalan raya dan melalui harga yang tertulis di banner-banner tersebut ternyata harga di EQurban lebih murah.

Dimana harga sebahagian lembu yang dijual di Melaka ialah RM480.
Harga seekor kambing dalam anggaran RM700.

Apabila saya membanding harga di EQurban yang memberi perkhidmatan korban dan aqiqah saya mendapat harga mereka lebih murah dan yang pasti terjamin.
1 Ekor Lembu – RM1750 / 595 USD (International)
1 Ekor Kambing – RM550 / 190 USD (International)
1 Bahagian Lembu – RM250 / 85 USD (International)

Kenapa harga di EQurban tetap dan tidak berubah-ubah ini adalah kerana ia mempunyai ladang ternakan yang mempunyai kapasiti mampu memberi harga sedemikian.

Dan lagipun tujuan program ini dibuat adalah untuk membantu rakan-rakan Muslim kita di Kemboja agar kehidupan mereka lebih tersusun samada dari segi ekonomi mahupun sosial.
Program eQurban Korban Dan Aqiqah Di Kemboja
Equrban Resources Sdn.Bhd sebelumnya dikenali sebagai Al Ansar Agro Sdn.Bhd anak syarikat dari Kumpulan Al Ansar mula menerokai “sosial bisnes” di Kemboja sejak 2009 dan selama itu mereka menghadapi bukan sedikit cabaran dalam membantu rakan-rakan Muslim kita disana selama 5 tahun disana.

Disini saya bukan membandingkan harga EQurban dan tempat-tempat lain-lain adalah lebih mahal tetapi membuat perbandingan bahawa dengan harga yang sedemikian kita mampu untuk beramal dan besedekah.

Tugas kita mudah sekali, dengan hanya memilih dan membayar harga yang sepatutnya. Selebihnya akan diuruskan oleh pihak EQurban.

Marilah kita beramai-ramai beramal dan bersedekah


Program eQurban Korban Dan Aqiqah Di Kemboja

 

3 comments

Muhammad Khairuddin Lim said...

korban..best.

Normi Nieza said...

sama2lah kita sedekah utk umat islam disana...

Kathy Rbain said...

perkongsian menarik..