Punca Filem Bollywood Laris - Shah Rukh Khan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Punca Filem Bollywood Laris - Shah Rukh Khan

Punca Filem Bollywood Lari
Bintang filem terkenal India, Shah Rukh Khan menganggap filem-filem Bolyywood menjadi popular disebabkan terdapat semangat kekeluargaan yang ditampilkan di dalam filem tersebut, lapor agensi berita AFP semalam.
Shah Rukh turut menyatakan selain semangat kekeluargaan itu, tarian dan lakonan yang serius telah menyebabkan filem-filem Bollywood menjadi popular dalam kalangan penonton.
"India mempunyai kepelbagaian penduduk yang berjumlah 1.2 bilion dan terdapat golongan yang tidak terlalu kaya di beberapa tempat.
"Apabila seseorang itu menonton televisyen, mereka akan berfikir ia merupakan satu majlis untuk seisi keluarga untuk sepanjang tahun.
"Justeru, nenek dan cicit juga menonton filem di pawagam," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia di sini.
Punca Filem Bollywood Lari
Dia menyatakan demikian sebelum menamatkan lawatannya ke Sydney untuk menghadiri festival seni Parramasala.
Menurut Shah Rukh, ekoran tabiat menonton penduduk India itu, seseorang itu perlu menghasilkan filem yang menampilkan aksi-aksi menarik untuk setiap orang.
Antara aksi itu adalah seperti terdapat adegan pergaduhan, menyanyi, menangis, kegembiraan, lagak ngeri dan kemuncak kepada jalan cerita yang dipertontonkan kepada orang ramai.
Shah Rukh pernah berlakon dalam filem Chennai Express yang mencipta kutipan pecah panggung di India.
Menurutnya, semangat kekeluargaan dalam filem-filem Bollywood itu telah menjadi daya tarikan untuk penonton dari negara lain menonton filem-filem Bollywood.
Punca Filem Bollywood Lari
"Beberapa peminat di Jerman menyatakan, filem-filem India menyediakan elemen itu yang menyebabkan anda berasa tersentuh (dengan unsur-unsur kekeluargaan)," katanya.
"Ia menyebabkan anda terasa kembali kepada budaya dan tempat asal anda. Orang ramai mahu mengimbas kenangan lama dan semua perkara yang baik-baik," katanya.

SEBENARNYA,
Aku tergaru kepala membaca kenyataan SRK ini...hehehehehehee.
Entahlah SRK yang pasti makcik-makcik  kalau tengok cerita sedih Bollywood pasti akan menangis.
Aku pula ...hemmmmm...melihat gadis-gadis seksi bollywood....hahahahaha.

Untuk aku sebuah filem yang baik ialah filem yang berjaya menonjolkan unsur-unsur kekeluargaan tanpa perlu ada adegan seksual secara langsung dan tak langsung..

Apa pendapat anda?


4 comments:

Kathy Rbain said...

bollywood sekarang lebih menonjolkan tubuh2 seksi dalm tarian,pakaian pula menjolok mata..

baby comel said...

Nasib ler dr dulu smpai skg saya tak pernah minat bollywood. Fuh

cweet pinky said...

hehehehe...aksi yang menggiurkan benda laris ...

tapi kalaw CP lak, kenapa CP minat hindustan, sebab CP minat lagu2 dan tarian dye...

then, kesan dari lakonan diorang jugak kowt, lakonan diorang memang kelas A...

adegan seksual lak, bagi CP, ia seolah2 adegan wajib filem hindustan dan sekarang, adegan yang ditonjolkan makin melampau sekarang nih, filem hindustan seolah2 telah di transformasi menjadi filem hollywood...

cerita hindustan nih, kalau kita nilai dari sudut positif, ia memang kuat membawa mesej kekeluargaan bagi sesetengah filem, ia menunjukkan nilai kekeluargaan yang kuat....kita jangan lupa jugak, punca filem bollywood meletup, bukan semata2 artis yang seksi semata-mata walaupun itu merupakan salah satu faktor yang kukuh, tapi kekuatan jalan cerita filem tuh sendiri...

tapi...

ade la bab CP tak berkenan kalau dengan jalan cerita filem hindustan nih, kalau cerita pasal cinta, suka ke arah cinta yang taksub dengan pasangan masing2 , aahahaha !

**rasa macam tengah buat entry lak....okeilah, salam singgah , jemput ke blog :)

ayut said...

hahahaha..klu tgk pendapat abg hanif secara tidak langsung tu memang ada jer kan..kdg2x mcm lg dahsyat kot dr hollywood..oppss. :P