Sah!!! Telefon Bimbit Bukan Penyebab Kanser - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Sah!!! Telefon Bimbit Bukan Penyebab Kanser

Telefon Bimbit Bukan Penyebab Kanser

Telefon Bimbit Bukan Penyebab KanserKAJIAN baru menunjukkan telefon bimbit dan WiFi tidak memberi kesan kepada kesihatan pengguna.

Agensi Keselamatan Makanan, Kesihatan dan Alam Sekitar Perancis  (Anses) mendakwa keputusan ujian makmal menunjukkan elektromagnetik yang dibebaskan oleh alat tersebut tidak meningkatkan risiko barah atau penyakit lain.

Laporan itu dikeluarkan hasil penyelidikan 16 pakar ke atas lebih 300 kajian saintifik yang pernah diterbitkan sejak 2009.

Bagaimanapun, panel tersebut tetap mengesyorkan supaya kanak-kanak atau pengguna telefon bimbit supaya mengehadkan penggunaan alat komunikasi mudah alih terbabit.  

Menuruti laporan AFP, cadangan itu dibuat berdasarkan kajian sebelum ini yang mendakwa frekuensi radio (RF) yang dibebaskan daripada telefon bimbit boleh memberi kesan kepada aktiviti otak dan corak masa tidur individu selain berisiko menghidapi barah.

8 comments:

Normi Nieza said...

alhamdulillah..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Selamat la yea. Ingat bahaya dah hp boleh jadi punca barah.

Kathy Rbain said...

tq sudi share...

husna zahidi said...

tapi radiasi yang di tinggalkan dek penggunaan telefon ni tetap bahaya untuk kita kan..:/

Vee said...

ayat nasihat tu cam takut kena saman jer ...

exlawyerdiary.blogspot.com said...

saya suka bab2 yg melibatkan kesihatan ni, tq for the info.

Sukma Haron said...

lega sikit tetapi be careful...

hainom OKje said...

Syukur le kalau mcam tu ...lega mak!