Header Ads

Selamat Hari Raya Haji Dan Selamat Bercuti

Selamat Hari Raya Haji  Dan Selamat Bercuti
Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger. Hari ini aku last kerja (10.10.2013) sebelum bercuti selama 5 hari. Tahun ini kilang aku memang baik hati sebab kasi cuti selama 5 hari bermula pada 11.10.2013 hingga 15.10.2013. Tapi 15.10.2013 Hari Raya Haji dan keesokkannya aku bekerja..huhuhuhuhu.

Masalahnya apabila cuti panjang ini ialah MESTI ada aktiviti menghabiskan uang. Tu yang aku malas kalau cuti panjang ini....hehehehehe.
Aku mengambil langkah mudah mendiamkan diri sahaja tanpa mengeluarkan suara terutama pada isteri aku..ahaks.

Dan sempena Hari Raya Qurban ini , sudah tentu di kawasan anda lembu-lembu telah tersedia untuk dikorbankan. Kawasan tempat aku tahun ini tak banyak cuma 3 ekor lembu sahaja yang akan ditumbangkan.
Manakala yang sibuk dan ingin berkorban boleh korban secara on line di eQurban. Sekarang ini kalau nak beramal tak payah susah, yang penting hati terbuka untuk beramal dan bersedekah.


Dan jika yang merancang pulang ke kampung. Pandu dengan hati-hati yek...Jadilah pemandu berhemah untuk diri anda dan orang lain....hahahahahaha.

Akhir kata Selamat Menyambut Hari Raya Haji dan Selamat Bercuti.
Hanif Bin Idrus Blog  tetap berkarya walau bercuti..hehehehehe.

5 comments

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif. alhamdullilah. cuti panjang kan best. spend time dengan keluarga. janganlah kedekut, tapi berjimat cermat lah ye. hihi. selamat hari raya haji buat abg hanif sekeluarga :)
*makin suka tengok blog ni, menarik sekali!

Normi Nieza said...

selamat hari raya Qurban a.hanif..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best dapat cuti panjang,tapi tak best juga lepas raya dah nak kerja balik, tak apa,manfaatkan cuti yang ada, jimat berbelanja.

Isabel Diaz said...

Selamat hari raya Abang Hanif.

Kathy Rbain said...

selamat beraya dan bercuti juga untuk hanif..