Tips Untuk Menjalankan Blogshop Pakaian - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tips Untuk Menjalankan Blogshop Pakaian

Terbaca sebuah artikel berkenaan ciri-ciri sebuah blogshop pakaian atau kecantikan wanita yang saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan blogger yang mungkin ada menyimpan impian dihati mereka..hehehehe.

Dan semua tahu blogshop pakaian samada pakaian Muslimah atau moden memang merupakan satu bidang perniagaan yang bagus kerana wanita memang suka kecantikan...hahahahhaa.

Tetapi bukanlah mudah untuk menjalankan perniagaan ini kerana pengguna tidak boleh menyentuh dan merasa kehebatan pakaian anda.!!!!


Dan memalukan dan memberi nama buruk kepada anda jika pembeli anda mendapati produk yang dibeli dari anda lain daripada jangkaan anda. Dan akan memberi nama buruk kepada blogshop anda atau pihak yang jadi agen mereka.

Jangan risau terdapat beberapa tips yang boleh kita kongsikan bersama:

Gambar Yang Cantik
Kelebihan menjual pakaian secara fizikal ialah mereka boleh mencuba dan merasainya. Tetapi terdapat istilah yang mengatakan " Sebuah Gambar Menceritakan Segalanya"... Pehhh!!! sesekali berpuitis kaisan..ahaks...
Pastikan gambar yang anda ambil jelas dan mempunyai kreativiti tersendiri. Untuk itu mestilah mempunyai kamera yang baik sikit ler. Bukan DLSR tetapi megapixel yang tinggi. Untuk aku megapixel 5 ke atas dah cukup ngam gambar tu...

Tetapi tidak menjadi masalah kalau anda agen affiliate atau dropship, sebab gambar semua dah disediakan cuma kena pilih yang cantik sikit ler..


Tips Untuk Menjalankan Blogshop Pakaian
Ketepatan Dan Kejujuran
Ini pun penting juga... maksudnya jangan selalu kerap mengembar-gemburkan produk kamu terlalu hebat sebagaimana contoh " Terbaik", "Hebat" atau "Menakjubkan". Sebab apabila pengguna kerap dengar ayat ini, secara tak langsung ianya seolah-oleh anda ini macam menipu ajer...hehehehe.

Bayangkan kamu pergi blogshop dan melihat dalam produk mereka terlalu banyak gembar-gembur yanga terlalu banyak sangat, adakah anda akan percaya?
Sikit-sikit tu okey ler....jangan terlampau sangat..
Tips Untuk Menjalankan Blogshop Pakaian

Harga Yang Berpatutan

Pastikan harga yang anda jual itu mengikut harga pasaran. Jangan letak terlalu rendah nanti anda akan rosakkan pasaran dan jangan terlalu tinggi nanti produk anda pula terjejas.


Manakala jika anda agen affiliate agak mudah kerana harga dah tetap tetapi kajian tetap perlu dijalankan dengan membuat perbandingan harga dengan affliate-affliate yang lain  agar anda dapat jual produk yang yang paling murah dan berkualiti.

Maklumat Yang Lengkap
Pastikan anda menerangkan dengan lengkap produk yang anda jual dan ini termasuklah brandingnya atau nama designer pakaian tersebut. Berapa banyak stok yang ada dan lain-lain yang anda rasa penting.
Tips Untuk Menjalankan Blogshop Pakaian

Kesimpulan
Walau anda mempunyai blogshop yang menjual jenama sendiri atau affiliate, anda tetap perlu memastikan produk yang anda jual itu di yakini oleh pembeli. Keyakinan pembeli amat penting kerana melalui keyakinan mereka barulah blogshop anda akan berjaya.

Keyakinan pembeli datangnya dari persembahan produk anda, harga produk anda, maklumat produk anda dan saya rasa yang paling penting berapa lama penghantaran produk tersebut!!

2 comments:

razif said...

Salam aidiladha bro .... menarik jg blogshop ni

Kathy Rbain said...

nice sharing..