Triangle Exposure Dalam Fotografi - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Triangle Exposure Dalam Fotografi

Triangle Exposure
Hari  ini ada mood nak berkongsi tentang asas dalam fotografi iaitu Triangle Exposure atau Segitiga Exposure yang merupakan asas dalam fotografi.

Segitiga Exposure merupakan suatu cara untuk mendeskripsikan imaginasi fotoSegitiga Exposure merupakan suatu cara untuk mendeskripsikan imaginasi fotografi  ke tiga aspek exposure.

Setiap sudut dari gambar segitiga disebelah menunjukkan satu dari tiga variabel iaitu, aperture, shutter speed dan ISO.

Triangle Exposure

Perubahan hanya satu dari ketiga elemen tersebut akan membuat foto anda akan nampak lebih gelap atau terang dan akan mengubah ketrampilannya.
Sebagai contoh:

Penggunaan Shutter Speed yang lama atau slow speed akan mengakibatkan motion-blur pada foto tetapi akan membuat foto bertambah terang (peningkatan exposure) ini kerana jumlah cahaya lebih yang masuk ke dalam sensorgrafi  ke tiga aspek exposure.
Setiap sudut dari gambar segitiga disebelah menunjukkan satu dari tiga variabel iaitu, aperture, shutter speed dan ISO.

Perubahan hanya satu dari ketiga elemen tersebut akan membuat foto anda akan nampak lebih gelap atau terang dan akan mengubah ketrampilannya.
Sebagai contoh:

Penggunaan Shutter Speed yang lama atau slow speed akan mengakibatkan motion-blur pada foto tetapi akan membuat foto bertambah terang (peningkatan exposure) ini kerana jumlah cahaya lebih yang masuk ke dalam sensor.

Triangle Exposure
Apa Itu Aperture
Aperture mempunyai fungsi yang sama seperti iris pada mata kita. 
Aperture mengawal jumlah cahaya masuk ke dalam kamera anda. 

Jika anda lihat pada kamera anda akan tertulis f3.5 - f5.6 (pada lens 18-55mm) merupakan aperture pada kamera anda.
Aperture juga bergantung kepada keupayaan lens anda. 
Semakin besar aperture, semakin kecil bukaan lens tersebut

Sebagai tambahan. Bila aperture semakin besar, semakin banyak jugak kawasan yang difokus. Diatas merupakan perbandingan antara aperture yang tinggi dan rendah.


Triangle Exposure
Apa Itu ISO
ISO ialah tahap sensitif sensor kamera anda. ISO wujud sebelum kewujudan kamera digital lagi iaitu kamera filem. ISO berlainan bergantung kepada filem yang digunakan. 
Filem kamera yang yang mempunyai ISO yang rendah seperti 100 ataupun 200, filem tersebut sesuai digunakan pada keadaan sekeliling yang terang dan cerah.

Filem kamera yang mempunyai ISO yang tinggi seperti 400 sesuai digunakan dalam environment yang gelap.

Tetapi pada zaman sekarang kebanyakan kamera menggunakan sensor dimana ISO dapat ditetapkan pada sensor tersebut. Jadi tidak perlu lagi kita membeli filem yang berlainan malah dapat menggunakan ISO yang lebih tinggi.

Secara kasarnya, ISO yang tinggi mempunyai tahap sensitif yang tinggi terhadap cahaya. 
Walaupun ISO yang tinggi mempunyai kelebihan tersebut akan tetapi, gambar yang terhasil akan menghasilkan noise pada gambar tersebut.


Triangle Exposure
Apa Itu Shutter Speed
Shutter speed atau dalam bahasa melayu kelajuan shutter ialah kepantasan kamera kita mengambil gambar. Anda akan sedar pada skrin anda terdapat nombor 1/100, 1/200 dan sebagainya dalam unit saat.
Semakin cepat shutter speed, semakin statik gambar yang diambil dan juga kurang cahaya akan masuk. Begitulah juga sebaliknya.
Triangle Exposure


Seperti gambar di atas, terdapat 3 jenis gambar yang mempunyai shutter speed yang berlainan. Gambar yang kiri mempunyai shutter speed yang lebih laju dan kipas di belah kanan ditangkap menggunakan shutter speed yang lebih perlahan

Triangle Exposure

Perkara diatas merupakan perkara asas yang perlu anda semua tahu sebelum anda menggunakan kamera DSLR. Jika anda berjaya menguasai 3 perkara diatas atau dipanggil segitiga exposure, maka anda telah bersedia untuk mempelajari tentang fotografi dengan lebih lanjut

Melalui penguasaan segitiga exposure ini anda tidak menghadapi masalah dalam memahami istilah fotografi seperti:
a)Bokeh
b)Long Exposure /Short Exposure
c)Deep Of Field
d)Exposure Compensation
e)Flash exposure dll

7 comments:

Amir Rofie said...

Memang best baca tutorial sebegini lebih-lebih lagi kepada peminat fotografi. Boleh beri kefahaman dengan lebih jelas walaupun kepada yang sudah mengetahui. Thanks Hanif for sharing.

Amir Rofie said...

Memang best baca tutorial sebegini lebih-lebih lagi kepada peminat fotografi. Boleh beri kefahaman dengan lebih jelas walaupun kepada yang sudah mengetahui. Thanks Hanif for sharing.

Alyn Roslan said...

hua, sy takda DSLR, tapi berminat juga ambik gambar guna olympus pen mini...btw, tq for sharing this info...DSLR akan ada kat tangan saya suatu hari nanti...hehe...:)

kucha lana said...

3 benda ni aku pernah belajar tp dah lupa semuanya..hahaha

Leeza dayasari [santai leeza] said...

pernah belajar tp dh tak ingat.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

hehe..knah xdak kamera canggih.. =)

Kathy Rbain said...

kathy minat forografi tapi blm ada rezeki nak beli kamera canggih..