Anak Suruh Berhenti Merokok - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Anak Suruh Berhenti Merokok

Anak Suruh Berhenti Merokok
Dengan malunya aku mengatakan aku ini seorang perokok...hehehehe. Malah dalam blog ini juga, baru-baru ini aku menempek kuat tentang kenaikan harga rokok hingga berlaku pembanjiran rokok tak sah...

Malam tadi semasa aku sedang hisap rokok di luar rumah di rumah. Aku selalu kalau di rumah memang aku di halau keluar kalau hendak menghisap rokok sebab anak lelaki aku ni dulu ada G6PD. Kalau bau rokok ini memang tak boleh!!!

Dan hingga kini aku masih merokok diluar rumah walau pun anak aku dah besar panjang ...hehehehehe.
Anak Suruh Berhenti Merokok
Sambung cerita balik, semasa aku sedang hisap rokok anak perempuan aku kata nak tunjuk sesuatu pada aku. Aku kata nanti dulu, tak nampakkah bapak kau ini sedang hisap rokok!!!

Lalu anak aku pun tunggu aku hisap rokok sambil duduk kat kerusi di luar rumah tu. Lepas aku hisap rokok, anak aku pun panggil aku ikut dia masuk bilik dan tunjukkan pamplet tentang keburukan hisap rokok.

Siap baca lagi tentang racun yang terdapat pada sebatang rokok. Aku diam ajer dan apa aku nak kata.
Aku kata ini informasi yang baik dan memberi pengetahuan lebih jelas pada aku...hehehehehhee.

Sebagai ayah, aku pun jelaskan sejarah tentang kenapa aku hisap rokok. Aku kata aku merokok sebab  pengaruh kawan-kawan yang  mempunyai cita-cita mahu merokok ..heheheheh.

Akibat salah pergaulan maka aku pun merokok ler hingga sekarang. Dan bukan tidak pernah mahu berhenti tapi gagal sebab kurang kekuatan diri ini.

Pendek kata aku kata pada anak aku, sebab salah pergaulan ler aku jadi macam ini. Dan sebab tak berfikir dan ikut darah muda ler, aku hingga kini menjadi perokok.

Anak Suruh Berhenti Merokok
Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh berundur, terlajak laku makan diri ler...hahahahha.
Malah semalam aku menasihatkan anak aku jangan jadi macam aku yang tersalah pilih kawan hingga sukar nak berhenti merokok dan lagi teruk kalau membuat sesuatu perkara yang memalukan keluarga.

Nasib baik aku ada jawaban nak jawab soalan anak aku ini....huhuhuhuhu.
Bila kedua-kedua anak aku tanya bila abah nak berhenti , aku pandang anak aku tu sambil berkata... abah tak janji.... abah akan berusaha.....

Anak-anak zaman sekarang ini memang lain ler.. Dulu aku tak merasa pun meluahkan perasaan aku kat bapa aku kalau aku tak suka..hehehehhehe.

12 comments:

Joanna Yunus said...

alahai... Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih ...

Muhammad Khairuddin Lim said...

Bertuah punya anak.

Adam Faiz said...

Sama-sama ambil iktibar
New Entri: Bahasa Melayu Aku Dapat E !

Sukma Haron said...

ayat abahh tak janji...abah akan berusaha....ayat propa dari seorang lelaki jer.....

wantie said...

cubalah berhenti. Tapi jgnlah berhenti menggejut. cuba kurangkan sikit sikit.

azahairi said...

Behenti payah kalau tak usaha ...dah cuba usaha tapi kadang kala ketagih tahap gaban. lebih2 tgk kawan cucuh sebatang demi sebatang ....daripada bau baik join sekaki ....tapi kita kena cuba kurangkan tak baik untuk kesihatan. pelan2 la kawan kita berhenti ...

NJihe.am said...

Salam singgah, sekarang pun dah ada produk yang membantu mengurangkan ketagihan merokok. Bolehlah cuba. Amalkan pemakanan yang sihat dan banyakkan minum air suam. Bertuah dapat anak-anak yang caring pasal ayah mereka. studioous.blogspot.com

nur amni said...

saya doakan hanif dpt kekuatan diri dan support dr kwn2 untuk niat yg mulia utk berhenti..ni dah masuk tahun baru hijrah ni.. apa kata buat azam baru tak nak merokok.

bw 2 la berenti...mungkin pengomen lepas ni boleh start doakan en hanif kita supaya benti merokok juga..mana tau doa kita dimakbulkan...amiinn..

Teacher Basariah said...

Tu anugerah Allah tu..hehe..semoga Mr. Hanif berjaya berhenti merokok..Chaiyok2!!

Kak Tie said...

baik berhenti la...kalau sayangkan nyawa...

Kathy R'bain said...

bijak anak abah..hehehe..

fatihatie said...

Anak abah sayang abah tu ;)


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Vivix Shaklee mungkin boleh bantu tuan tanpa nicotine withdrawal effects :)

Rajin2 singgah ke blog saya ye. terima kasih :)