Home » » Bakar Anak Selepas Bergaduh

Bakar Anak Selepas Bergaduh

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Tuesday, November 12, 2013


Seorang ibu dari Jinhua, di Zhejiang memaksa anak lelakinya yang berusia empat tahun agar meminum minyak tanah sebelum membakar kanak-kanak malang itu selepas terbabit dalam pergaduhan keluarga, baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar, wanita terbabit dan suaminya bergaduh menyebabkan si isteri yang berang memutuskan untuk mencederakan setiap ahli keluarganya.
“Si isteri mula menuang minyak tanah dari botol minuman teh ais ke tekak anaknya.

“Tidak lama kemudian si bapa mula menyedari yang botol itu diisi dengan minyak tanah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana si isteri sudah membakar anaknya,” katanya.

Menurut akhbar berkenaan, mangsa mengalami kecederaan melecur tahap ketiga dan masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

“Doktor berkenaan memberitahu mangsa mungkin tidak dapat bercakap dan melihat lagi.

“Si bapa yang cuba menyelamatkan anaknya yang terbakar turut cedera. Kepalanya bengkak dan lutut serta tangannya juga melecur,” katanya.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

6 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bahaya nye. Kasihan dengan anak diakan?

wantie said...

bengong

Hootoh Tudia said...

Marah = Api = Syaitan
Sememangnya tiada yang mustahil bila marah menguasai diri.

Raudzah Z said...

Kejam giler...

Anonymous said...

pelik..

husna zahidi said...

gila ini orang!!

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers