Header Ads

Bumbung Rumah Bocor Pula

Bumbung Rumah Bocor Pula


Bumbung rumah aku bocor pula hari Jumaat yang lalu. Air hujan kat depan rumah dah macam air terjun dan dalam rumah mula menitik-nitik beberapa bahagian.

Aku tak risau pasal bocor tu tapi aku risau short circuit wayar kat dalam siling tu.... Tak boleh tidur malam aku dibuatnya. Sekarang ini pun musim hujan....tak pasal-pasal kang short circuit  satu rumah dan kalau lebih tragis satu blok rumah tak der elektrik pasal aku..ahaks.

Keesokkannya aku dengan wife aku merayau-rayau cari tukang repair bumbung dan kami ternampak iklan yang ditampal kat tiang elektrik. Kami call suruh datang hari ini tapi kontraktor tu kata tak boleh, hanya boleh datang pada hari Isnin pula.

Sebelum kami balik kampung bercuti, aku matikan semua suis utama kecuali suis untuk peti ais sahaja.

Pada hari Isnin yang lalu, baru kontaktor yang bikin bumbung datang dan mak oi!!! nak repair bumbung dia minta RM1000++...
Mahu tak mahu terpaksa bayar ler, walaupun aku tahu aku kena kencing ...hehehehehehe.
No choice!!! ..huhuhuhuhuhu.

Tapi aku minta gerenti dengan kontraktor tersebut dan dia kata gerenti satu tahun takkan bocor punya!!! Kalau bocor call dia dan dia repair free!!!!

Aku kata, I pegang you punya gerenti!! ..hehehehehee.
Kat gambar tu, kerja tak sampai 3 jam upah dengan simen dan sikit alas water proofing dah cecah RM1000+++....

Ini semua gara-gara gula nak harga ler ni.....
 

5 comments

Che Rosliza Che Mat said...

kalau bumbung bocor memang bahayakan...

Normi Nieza said...

upah nak banyak..kerja skit jer..huhu

husna zahidi said...

ahaha..nampak benor menipunya..=P

Kathy R'bain said...

sana sini hujan sekarang ni kan?

Badrul.zaman Zaman said...

jika anda ingin membaiki bumbung sila hubungi saya
0192626725 cikbad
harga boleh runding