Header Ads

Hantu Villa Nabila Telan 23 Remaja

Villa Nabila

Hari ini aku memperolehi maklumat tentang kes kehilangan 30 remaja setelah pergi ke Villa Nabila dengan tujuan untuk mencari hantu. Tetapi ada versi lain mengatakan 23 orang hilang dan hanay 7 sahaja sempat keluar!!!

Cerita 1
Namun berita 23 orang hilang disahkan palsu oleh wartawan program 999 @Hazrey (Twitter) yang berada di lokasi. Banyak khabar angin dan tokok tambah dari cerita versi asal. Yang hilang hanya seorang budak lelaki sahaja.

Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya( Izzudin) masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.

"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.
Villa Nabila
Cerita 2
Menurut cerita dari page Misteri Villa Nabila, mereka mengiakan bahawa berita 23 orang hilang di Villa Nabila adalah benar walaupun wartawan program 999 TV3 telah menafikan khabar angin itu hanya seorang budak saja yang hilang. Baca cerita dibawah:

"Daripada keterangan Budak yang telah di rasuk itu . Dia tidak pasti sama ada Kawan2 nye yang seramai 23 orang itu hilang atau balik ke rumah . Sebab Selepas pukul 5 atau 6 semua jalan berasingan .

Sekarang Mahklum itu hendak benda yang busuk berbentuk 4 segi yang telah di ambil Budak yang bernama Razak . Tetapi Budak yang telah di interview ini tidak kenal budak yang bernama Razak .


Sekarang Mahkluk Itu memberi Masa 3 hari Untk Memulangkan Kembali barang itu , kalau Tidak mahkluk itu akan mengambil Seorang budak perempuan . (Sumber :Mymedialab)

 Villa Nabila

Sejarah Villa Nabila
Menurut pembacaan aku Villa Nabila ada banyak versinya tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu. keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila.

Sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding. ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut.. (sumber: duniaseram)

Kesimpulan
Walau apa pun cerita ini telah menjadi hangat dan mendapat liputan yang luas di FB serta blog-blog.
Apabila versi kehilangan budak remaja ini terlalu banyak maka secara tak langsung kita tak tahu mana yang hilang. Tapi yang pasti ada remaja yang hilang samada 1 orang atau 23 orang. Kita nantikan ...eeeeeeeee...seram gak...

Kredit dan gambar kepada sumber yang aku ambil tertera di atas.

 

11 comments

Deqla Manjew said...

jadi betul la citer ni.. ?? ish seram...

Sue PeLik said...

hurmmmmmm....serammm...tapi nak sangat tahu yang mana satu betulnyaaa kan???

Sukma Haron said...

tajuk tak menahan...suspen sekarang villa nabila nie....

Farah Waheda Wahid said...

macam macam versi yer cerita ni... hu hu hu...

Farah Waheda Wahid said...

macam macam versi yer cerita ni... hu hu hu...

Budak Kampung said...

betul x betul kita nntikan kebenrnya je ok

Joanna Yunus said...

memang seram.... mula2 like juga page tu tapi lepas tu terus unlike... mcm seram je... mcm seram je

Raudzah Z said...

macam-macam versi ya..tapi the latest budak-budak yang hilang tu dah dijumpai..sorang aje amsih hilang...tak taulah betul ke tidak..siap ada gambar lagi..

Kathy R'bain said...

Hmm...tlalu banyak versi..

wantie said...

cina cina office ni pun dok bergebang tak habis habis ttg hantu villa tu.

dah tak tau versi mana yg betul dah.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Hangat juga cerita hantu ni yea. Makin di cerita makin menjadi pula nanti..huhu.