Header Ads

Kaki Wayang: Hunger Games 2 Catching Fire

Hunger Games 2 Catching Fire
Semalam aku dan wife aku ada menonton filem Hunger Games 2 Catching Fire kesinambungan dari filem pertama Hunger Games.

Filem ini masih menampilkan pelakon-pelakon utama dalam Hunger Games Musim Pertama. Sekarang ini hollywood memang suka buat sekuan filem-filem mereka kerana ia memberikan keuntungan yang terjamin.

Macam aku ini yang dah tengok Hunger Games Musim Satu terpaksa melihat sambungannya semalam. Sebelum aku mula mencarut tak tentu pasal...hehehehehee... Ranking yang boleh aku berikan pada filem ini ialah 4/5.

Aku klasifikasikan ianya bukan sebuah filem aksi semata-mata tetapi cerita yang penuh pengertian perjuangan dan semalam sebelum aku ajak wife aku tonton filem ini aku awal-awal beritahu filem ini agak membosankan kerana ia tak banyak lawan macam filem keluaran Marvel....hehehehehhee.

Wife aku ini macam aku jugak, suka lihat filem aksi padat tetapi sesekali aku layan filem aksi sensitif macam Hunger Games 2 Catching Fire. Dan ternyata semalam wife aku tak tertidur kerana jalan cerita ini memang best terutama kegeraman melihat kejahatan Presiden Snow!!!

Hunger Games 2 Catching Fire
Sekuan kedua filem Hunger Games 2 Catching Fire ini menceritakan Presiden Snow iaitu dari negara Capitol yang menguasai  12 district merasa terancam apabila heroin kita Katniss Everdeen dari District 12 telah mula menjadi inspirasi kepada revolusi pemberontakan terhadap kekejaman Capitol.

Dimana simbol Mocking Jay menjadi ikutan kesemua penduduk District yang lain dan simbol pengakap 3 jari juga..hehehehehe. teringat aku simbol 3 jari yang digunakan tu sebab hanya pengakap sahaja gunakan simbol ini.

Untuk menghapuskan Katniss Everdeen, Presiden Snow telah menganjurkan sekali lagi THE GAMES dimana sempena Hunger Games yang ke 75 kali ini haruslah disertai oleh juara-juara terdahulu sempena menyambut jubli intan setiap 25 tahun yang dipanggil Quartel Quell.

Mahu tak mahu  Katniss Everdeen dan rakannya Peeta terpaksa menyertai pertandingan ini dan kali ini ianya bukan mudah kerana ia disertai oleh juara-juara Hunger Games terdahulu.

Hunger Games 2 Catching Fire
Memang teruk Presiden Snow mahu kenakan Katniss Everdeen tetapi dalam pertandingan ini rupa-rupanya hampir separuh peserta berusaha mahu melindungi Katniss Everdeen kerana beliau adalah simbol revolusi kepada semua district-distrcit yang lain .

Dan endingnya filem Hunger Games 2 Catching Fire  ini agak menyakitkan hati aku kerana ianya bersambung apabila Katniss Everdeen telah diselamatkan oleh puak-puak revolusi ini dan mereka membawa beliau ke Distrct 13.

Apa yang berlaku pada Peeta? Adakah revolusi akan berlaku di semua distrct ini?
Kena tunggu sekuan selanjutnya!!!!!huhuhuhuhuuhu.