Header Ads

Kes Villa Nabila Bukti Penyalahgunaan Laman Sosial

Villa Nabila
Akhirnya telah terjawab kes kehilangan remaja bernama Izzudin yang dikatakan disembunyikan oleh hantu Villa Nabila telah terbongkar apabila beliau ditemui di rumah rakannya!!!

Kes yang kecoh diperkatakan beliau dan rakan-rakan seramai 23 orang dikatakan disembunyi oleh hantu rupanya hanya tipu semata-mata. Dan cerita ini menjadi kecoh apabila di disiarkan di laman sosial terutama di Facebook hingga pada satu ketika kawasan Villa Nabila dikerumuni oleh orang ramai.

Kes ini telah menimbulkan kesusahan kepada pihak polis hingga siasatan mereka terganggu dan tuduhan berbaur fitnah telah dikenakan kepada pihak polis.

Dalam hal ini aku melihat kekuatan laman sosial yang berjaya memutarkan belitkan fakta dimana pembaca-pembaca laman sosial berkongsi maklumat sensasi dan bohong ini hingga tersebar ke seluruh Malaysia.

Villa Nabila
Hinggakan aku pun turut tertipu dengan membuang masa aku mencari maklumat tentang Villa Nabila ini...hehehehehehehe.

Dan paling tak best...tak pasal-pasal budak bernama Izzudin ini menjadi popular dan sekaligus menyusahkan ibunya. Aku pun hairan dengan perangai budak ini, keluar rumah dan langsung tak beritahu mak dia selama berhari-hari....

Terpaksa mak dia buat laporan polis dan perbuatan Izzudin hilangkan diri bukan sekali berlaku tetapi 3 kali berlaku!!! Hisss!!! geram ajer aku dengan mamat bernama Izzudin ini ....

Susahkan polis.....susahkan hati mak dia.....susahkan orang ramai yang berkumpul depan Villa Nabila......dan paling penting ianya menjadi keyword popular untuk minggu ini kepada kawan-kawan blogger..ahaks.


4 comments

Joanna Yunus said...

heehehehe ingat akak je yang tertipu dalam hal ni
hehehe

nur amni said...

tula gelpren punye pasal..1 malaysia terlibat...buang karan je..

Sukma Haron said...

yang penting lagu cinta untuk nabila meletops minggu nie...hihi

Kathy R'bain said...

tipah tertipu bang..hehehehe..