Header Ads

Kursus Train The Trainer 2013 Tamat

Train The Trainer
Salam Satu Blogger. Pertamanya aku nak minta maaf sebab 3 hari aku tak updated blog disebabkan aku menghadiri kursus Train The Trainer selama 5 hari.

Baru hari ini habis kursus yang aku anggap the best  setakat ini. Memang meriah dah penuh dengan aktiviti yang padat. Cukup padat sampai aku sakit kepala sebab ada ajer tugasan yang diperlu dibuat secara berkumpulan...hehehehehhee.

Train The Trainer
Group aku terdiri lima wanita dan aku hanya seorang lelaki...eyahhhh!!!!! tapi tu ler bila ramai pompuan terpaksa kau jadi group leader dan trepaksa aktifkan diri sepanjang kursus ini.

Kalau tak malu ler kau sebagai lelaki melayu terakhir dalam kumpulan tu..ahaks.

Dalam kursus ini ia mengajar tentang bagaimana menjadi trainer yang baik.

Dan kesimpulan yang aku perolehi ialah apabila kita membuat sesuatu latihan tersebut ialah kita harus pastikan training yang kita tu ceria dan mendapat maklumbalas dari peserta.

Kita harus sentiasa membuat aktiviti agar pelatih kita tidak bosan dengan  membuat aktiviti energizer seperti permainan yang berkaitan dengan tajuk kursus kita ini.

Train The Trainer
Malahan dalam kursus ini, ia memberi tunjuk ajar sebelum kita memulakan sesuatu latihan itu, haruslah ada aktiviti suai kenal yang dinamakan ice breaking. Dalam perkara ini kami telah diajar beberapa teknik ice breaking yang menarik !!!

Selain itu aku juga berpeluang mengenali beberapa rakan baru yang mempunyai latar belakang pekerjaan yang berbeza-beza dan ini sudah semestinya satu peluang untuk aku membuat rakan-rakan baru!!


Gambar di atas adalah salah satu aktiviti ice breaking yang aku buat sebelum aku membuat pembentangan yang wajib dilakukan oleh setiap pelajar untuk mendapatkan sijil kompentensi sebagai trainer.

Aku membuat pembentangan latihan "Exposure Triangle Dalam Fotografi". Dan aku lulus dalam pembentangan ini dan bukan aku sahaja tetapi semua rakan-rakan dalam kelas kami lulus.

 Dan aku dapat melihat teknik yang mereka gunakan dan secara tak langsung aku dapat membaiki diri aku juga.!

Memang memenatkan training ini dan juga best hingga aku tak updated blog aku selama tiga hari...hahahaha
Train The Trainer

Train The Trainer

4 comments

Syaz Blackrose said...

wah.. lam tak buat BW kat blog bro. dah lain dah.. lepas nih boleh lah jd trainer yang bagus..

Sukma Haron said...

all the best....

Kathy R'bain said...

ptt pun sunyi jer..hehehehe..

baby comel said...

Ingatkan kurusu DOA tadi. Btw hebat ler abg hanif. Dah boleh jadi boss ni, eh mentor