Masjid Bawah Tanah Dibina - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, November 7, 2013

Masjid Bawah Tanah Dibina

 
Masjid Bawah Tanah
Kerajaan Turki membina sebuah masjid bawah tanah, yang pertama seumpamanya di dunia.
Pembinaan itu dilakukan di daerah Buyukcekmece, Istanbul
Masjid Bawah Tanah
Ia adalah penjelmaan daripada rekaan pertandingan Festival Senibina yang diadakan tidak lama dulu dan dimenangi oleh arkitek tempatan, Emre Arolat.

“Masjid adalah tempat muhasabah diri dan berdoa. Ia adalah cabang Kaabah,” kata Mufti Buyukcekmece, Mehmet Narin ketika melawat tapak pembinaan itu semalam

Menurutnya, masjid tanpa menara itu adalah inspirasi dari Gua Hira, tempat Rasulullah (SAW) menerima wahyu pertama.
Masjid Bawah Tanah

Bangunan itu yang seluas 1.200 meter persegi terletak sedalam kira-kira tujuh meter di bawah tanah.

Untuk menambahkan lagi keunikannya pencahayaan waktu siang dibantu oleh sinaran mata hari, seolah-olah untuk mewujudkan suasana spiritual.
Masjid itu yang diberi nama Sancaklar, memiliki ruang ibadah yang luas hingga mampu memuatkan 650 jemaah.

Emre Arolat yang mereka masjid itu berkata, ia bertujuan memberi jemaah peluang untuk beribadah dengan khyusuk.

Masjid Bawah Tanah


Masjid Bawah Tanah

 

8 comments:

husna zahidi said...

menariknya..=)

BM said...

Salam tuan HI,
Memang kreatif, tapi masih tak nampak keseluruhan sebenar binaannya. Semoga ianya berfungsi sebagai masjid dan sentiasa diimarahkan.

Anonymous said...

cantik seni rekanyer..

Anonymous said...


COM - Masjid Bawah Tanah ini masih Berada Dalam Kawasan Keraton Jogja dan Merupakan Bagian dari salah satu Fasilitas Komplek taman sari (Komplek, ...

Anonymous said...


Masjid Tanah Mendapat nama Sempena Sebuah masjid yang Terletak di Tengah- Tengah Pekan yang Dibina Daripada Tanah di Tepian, Sungai. Lokasinya Terletak ...

marniey zul said...

wahhh, tak sabar nak tgk kalau dah siap.

Raudzah Z said...

Menarik hanif...kecangihan teknologi membolehkan semuanya kan...

Sukma Haron said...

nampak luas di bawah tanah tu ek....