Header Ads

Pemuda Gemuk Akhirnya Pulang Ke Tanahair.

Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.

Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.
Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.

Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England.
"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.

Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland.
Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya.
Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat

Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2.
Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen.

Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya.

Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan.
Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut.

Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar.
Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover.
Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis

8 comments

Leeza Dayasari said...

oh ada masalah hormon.

Nour Adieb said...

herbalife kan ado, hee

baby comel said...

Kita xtau nk cakap pe. Cuma rasa kesiannya dia. Mesti susah kan bila bdan besar camni

Farah Waheda Wahid said...

kalau nak naik kapal terbang juga, jawabnya kena diet lah beliau selepas ni...

Sukma Haron said...

macam-macam yea akibat gemuk.....

Raudzah Z said...

Kesian dia..susah jadi gemuk ni sebenarnya...

husna zahidi said...

kesian jugak yer..

Kathy R'bain said...

memang gemuk..