Header Ads

Puisi Gula dan GST

Berkongsi pautan puisi tentang kenaikan gula dan GST yang diperkenalkan semasa pengumuman Belanjawan 2014 lalu.

Ramai komen yang positif dan negatif yang kita terima, itu hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia. Itu hak anda. Ini dibawah adalah puisi yang terang-terang menolak  kenaikan gula dan GST.

Gula tiada lagi subsidi
Gula tak bagus kata Menteri
Boleh kena potong kaki

Sakit jantung dan sakit hati
Mata rabun dan darah tinggi
Mati pucuk untuk kaum lelaki
Punca pertengkaran suami isteri
Dari potong kaki baik potong subsidi

Menteri kita bijak buat polisi
Polisi ke arah free market economy
Pasaran tidak dikawal oleh authoriti

Dia biar turun dan naik sendiri
Macam pasaran Ringgit dan Rimbi
Sungguh geliga otak pak menteri
Tak sia-sia belajar di luar negeri

BRIM tak potong dan tetap diberi
Bonus diberi enam bulan sekali
Masa raya dan masa deepavali
Terima kasih kata Perdana Menteri

Sebab menang pilihanraya baru2 ni
Kan I kata I help you You help me
Untuk kurangkan defisit yang tinggi
Kerajaan akan perkenalkan GST

Gomen Sudah Tenat fulus mati
Dah habis korek EPF dan Tabung Haji
Nak korek kat mana lagi
Nafsu besar mesti dipenuhi
Mana boleh pakai Perodua Myvi

Sekurang-kurangnya Ferrari
Mana boleh pakai kapcai Suzuki
Kena lah sekurang-kurangnya Harley
Bonia atau Coach tak main lah aci
Sekurang-kurangnya Prada atau LV

Mana boleh setakat Langkawi
Kena makan angin di luar negri
Sekurang-kurangnya Monaco atau Italy
Nasib orang bawah siapa peduli

Ada yang kais pagi makan pagi
Kos sara hidup semakin tinggi
Gula tiada lagi subsidi
Barang yang dibeli kena GST

Dapat BRIM hanya lekat celah gigi
Sepatutnya potong subsidi gas IPP
RM3.3 billion setahun untuk 4 kroni

Kita hanya mampu doa kepada Illahi
Semoga Tuhan berkatkan rezeki

Walaupun sedikit tapi diberkati
Kita tidak rompak kita tak curi
Kita tidak rasuah atau tidak joli
Kita kerja yang halal dan suci.

6 comments

husna zahidi said...

*thumbs up*

Umaira Jannah said...

kurang kan manis dalam minuman that all hehhe http://Cash4Visits.com/ref.php?refId=294754

Che Rosliza Che Mat said...

macam2lah huhuhu

Kathy R'bain said...

wow,,terbaik..

Raudzah Z said...

Panjangnya luahan perasaan..tapi itulah hakikatnya..sedih.....

baby comel said...

Hehehee,
Nak cakap apa lg kan... tu je pilihan yg kita ada. Kalau tak suka, jgn duduk malaysia ---> kata menteri la. Kekeke