Shop Of Linda Mula Menjana Pendapatan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Shop Of Linda Mula Menjana Pendapatan

http://shopoflinda.blogspot.com/
Syukur Alhamdulilah atas keberkatan usaha isteri aku dalam menjalankan peniagaan blogshop affliatenya selama 4 bulan ini akhirnya dapat juga membuat jualan kali pertama.

Kali ini produk affiliate yang dijual adalah dari LUXOLA yang bernilai RM55 sahaja. Dengan komisen sebanyak 10%. Aku bangga kerana isteri aku amat bersabar dengan membuat entri setiap hari selama 4 bulan tanpa jualan !!!!!

Dan berkali-kali aku beritahu pada isteriku bahawa dalam menjalankan perniagaan affliate ini bukanlah mudah, ianya penuh persaingan dan logiknya kalau orang nak membeli sesuatu produk tersebut tidak perlu pergi ke blogshop isteriku iaitu SHOP OF LINDA.

Lagi baik pergi terus  ke website LUXOLA, LAZADA atau ZALORA, tetapi keistimewaan blogshop isteri aku ialah ia mengabungkan kesemuanya produk dalam satu laman website ini.


Atas dasar saingan yang begitu kuat, cara terbaik ialah berusaha untuk memastikan Shop Of Linda ini dalam enjin carian secepat yang mungkin. Hanya itu sahaja cara terbaik dalam memastikan blogshop ini terus bernafas.

Dan dalam memastikan ianya bernafas, setiap hari haruslah membuat entri tentang produk yang hendak dijual. Pilih produk terbaru yang murah dan baik.

Pada masa kini, isteri aku hanya fokus pada produk LUXOLA kerana cara untuk generate deep link agak mudah berbanding dengan produk-produk affiliate yang lain.

Tapi aku amat berminat pada produk LAZADA dan dalam masa terdekat ini aku akan ajar isteri aku bagaimana membuat deeplink LAZADA pula.

Inilah yang kita namakan pembelajaran secara bersistem...hehehehe. Isteri aku pun bukan pandai sangat tentang web-web ini, nak ajar  deeplink LUXOLA tempoh hari pun aku hampir naik angin..hehehehehe.

Untuk aku dalam perniagaan affliate ini, adalah satu bidang perniagaan yang santai. Tak perlu tenaga, cuma perlu rajin buat entri dan promosi produk dan sentiasa memberi wajah baru pada blogshop dengan menukar header samada header blog anda atau header produk affliate yang lain.

Yang melecehkan ialah kalau pakai broadband....selalu broadband aku macam siputband..hehehehe.
Tu yang tergendala nak buat entri blogshop!!!!

Tahniah buat isteri ku, komisen RM5.50 itu adalah penguat semangat untuk awak terus berusaha.
Bukan nilai wang itu yang kita mahu tapi keputusannya. Ertinya teknik anda di jalan yang betul dan teruskan sahaja.....

Betul tak apa yang abang cakap....buat sahaja entri yang berkualiti dan atas izin ALLAH, jika kita berusaha dengan niat yang baik pasti rezeki akan datang dengan sendirinya..amin.
Awak berjaya maka suami pun berjaya juga..boleh pinjam sikit duit tu....ahaks.

12 comments:

Kathy R'bain said...

tahniah..

Raudzah Z said...

Tahniah HH..bukan senang nak senang kan...kena work hard and never ever give up...

baby comel said...

tahniah abg hanif, good try insyaAllah ni permulaan yg baik utk lebih baik hari mendatang. tahniah utk akak ye =)

nur amni said...

apa2 benda pun kalau kita bersyukur in sha allah allah akan tambah lagi rezeki. semoga shop of linda berjaya dan lebih maju lg .

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat isteri HI. semoga bertambah lagi jualannya.

Zira Aziz said...

..permulaan yg baik utk 'hasil' yg lbh besar.. :) ..alhamdulillah..

J-bat said...

menarik serta tahniah

inche hlovate said...

all the best la ye untuk wife abg hanif

Sukma Haron said...

tahniah...sikit-sikit lama-lama jadi bukit....

Mia Liana said...

wahhh.. tahniah ya.. semoga lebih maju di masa akan datang...

BUNDA a.k.a KN said...

Tahniah...semoga bertambah rezki berkat kerja keras..

husna zahidi said...

nilai tak menjamin apa2 tapi hasil dari usaha selama ni menjamin kepuasan.. syukur!! tahniah buat isteri en HI.. =)