Header Ads

Siti Aishah Abdul Wahab Rakyat Malaysia Menjadi Hamba Di London

Siti Aishah Abdul Wahab
Kecoh sekarang ini tentang seorang wanita Malaysia bernama Siti Aishah telah dijadikan hamba domestik selama 30 tahun. Malahan ujud satu lagi tambahan cerita bahawa Siti Aishah adalah dikenal pasti sebagai penyokong komunis pada zman 1970an.

Dalm kes Siti Aishah ini terdapat dua cerita iaitu tentang perhambaan kejam 30 tahun dan juga beliau adalah bekas penyokong komunis yang telah melarikan diri ke London.

Siti Aishah Abdul Wahab
London menyiarkan imej wanita dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 (gambar) dan seorang lagi wanita, Josephine iaitu wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri sejak 30 tahun di Brixton.

Imej berkenaan dirakamkan ketika Siti Aishah Abdul Wahab dan Josephine bersama dengan suspek, Aravindan Balakrishnan menghadiri inkues di mahkamah pada 1997.

Inkues itu diadakan susulan kematian seorang wanita, Sian Davies, selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997.

Dalam imej berkenaan Aishah memakai cermin mata serta kemeja dan dia serta Josephine berada di belakang Balakrishnan.

Menurut media tempatan, Siti Aishah bersama-sama enam wanita lain pernah dibicarakan pada 1978 selepas ibu pejabat Maoist di sebuah kedai buku di Brixton diserbu polis.

Siti Aishah Abdul Wahab
Sepanjang perbicaraan ketika itu, semua wanita tersebut melaungkan slogan komunis dan enggan mengemukakan rayuan terhadap 13 tuduhan yang dikenakan ke atas mereka termasuk menyerang polis.

Ini kerana mereka tidak mengiktiraf mahkamah, hakim dan sistem kehakiman.

Malah Siti Aishah Abdul Wahab yang ketika itu berusia 34 tahun, telah membacakan satu kenyataan bahawa British adalah suruhan kepada Amerika Syarikat.
Jelasnya, mereka semua merupakan tahanan politik yang berdepan dengan tuduhan yang sengaja direka-reka. Inlah sedikit sebanyak tentang kisah Siti Aishah Abdul Wahab.

Tapi akhirnya pelajar cemerlang ini menjadi hamba!!!!
Lupakan tentang kisah fahamannya yang lalu tetapi penyeksaannya menjadi hamba domestik selama 30 tahun.
Samada benar beliau  Siti Aishah Abdul Wahab atau tidak bukan persoalannya.


2 comments

husna zahidi said...

kira kalau dya mangsa, mohon cepat dilpaskan..tp kalau dya pon skong komunis sperti yg uar2kan, tak taw nk ckp apa..

Kathy R'bain said...

hmm...