Tiger Woods Main Golf Atas Jambatan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tiger Woods Main Golf Atas Jambatan


Tiger Woods
Bintang sukan golf terkenal dari Amerika Syarikat, Tiger Woods memukul bola golf dari atas Jambatan Bosphorus yang mempunyai enam lorong di sini kelmarin.
Woods yang ibunya berasal dari Thailand, memukul bola tersebut di laluan yang terletak di benua Eropah.

Tiger Woods
Bola yang dipukul dengan kayu golf itu kemudian menghala ke arah jambatan tersebut yang terletak di benua Asia.

Jambatan sepanjang 1,560 meter (m) dan setinggi 63m itu telah ditutup selama 28 minit bagi membolehkan Woods membuat pukulan tersebut.

Jambatan itu menghubungkan kampung Ortakoy di sini yang terletak di benua Eropah dengan kawasan Beylerbeyi yang berada di benua Asia.

"Menjadi pemain golf yang pertama membuat pukulan ini memang merupakan sesuatu yang hebat," kata Woods.
Kira-kira 180 buah kenderaan melalui jambatan itu pada setiap hari.

Woods memukul golf itu bagi mempromosikan Pertandingan Golf Terbuka Turkish Airlines yang diadakan di Antalya.
Pertandingan itu bermula hari ini hingga 10 November.
 
Tiger Woods
 

5 comments:

Joanna Yunus said...

Suami akak tak minat main golf sebab dia kata golf ni permainan kaum elit sahaja heheheh

Farah Waheda Wahid said...

main golf atas jambatan pula woods yer...

husna zahidi said...

macam2 pesyen..hahaha..
org dh terkenal, buat apa pon gempak..

Kathy R'bain said...

wah..inagtkan buang tabiat ke tadi c woods ni...hehehehe..

Sukma Haron said...

satu tarikan....