Header Ads

Michelle Obama Cemburu Buta

 
Michelle Obama Jealous

Lawak pula melihat melihat Michelle Obama memperlihatkan wajah cemburu dia melihat suami dia bergelak sakan dengan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt.

Untuk pengetahuan Perdana Menteri Denmark ini terkenal dengan keseksian kakinya yang anggun. Pehhh!! Duduk sebelah Obama sambil tayang kaki dan paha, pemimpin besar pun lupa dia tengah hadiri majlis pengkebumian....heheheheheh

Aksi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt, dan Perdana Menteri Britain David Cameron ketika menghadiri upacara memperingati Nelson Mandela menjadi perbualan hangat di media sosial.
Michelle Obama Jealous
Ketiga-tiga pemimpin dunia berkenaan sibuk bergambar (selfie) ketika upacara itu berlangsung sementara wanita pertama AS, Michelle Obama dilihat tidak menghiraukan tingkah laku suaminya.

Kebanyakan komen di media sosial menyatakan Michelle cemburu melihat aksi suaminya itu. Obama dan Cameron dilihat sangat mesra dengan Helle yang duduk diapit kedua-duanya.

Di samping itu, Helle dilihat sibuk mengambil foto mereka bertiga sambil bergurau senda. Sebagaimana dipetik daripada media AS, National Post semalam, reaksi Michelle sangat berbeza berbanding dengan suaminya yang asyik tersenyum lebar.
Michelle Obama Jealous
Malah, Obama sempat ketawa ketika berjenaka dengan Helle. Di samping itu, wajah Michelle juga kelihatan serius ketika menyaksikan suaminya memegang bahu Helle sewaktu berjenaka dengan Perdana Menteri Denmark berkenaan.

Malah, media Australia, news.com.au mengulas yang Michelle dikatakan seolah-olah bersikap dingin terhadap Helle. Ketika ingin berpisah, Obama dan Helle dilihat sempat berbalas ciuman di pipi. Sementara itu, aksi Cameron mendapat kritikan media Britain.

Seorang penganalisis akhbar The Telegraph menyatakan tingkah laku Cameron sebagai pemimpin negara dilihat tidak sopan dalam majlis itu.
Aksi ketiga-tiga pemimpin dunia itu turut menjadi perbicaraan hangat di Twitter terutama ketika upacara yang diselubungi kedukaan ekoran pemergian Mandela sedang berlangsung.

Kelihatannya ketiga-tiga mereka tidak prihatin dengan upacara sedemikian.

Bisalah bila perempuan cantik depan mata lepas tu silang kaki sambil senyum kat kau..mahu tak cair Obama.

Tapi pandai-pandai ler cover ..ini selamba ajer..ahaks...

 

 

3 comments

Sukma Haron said...

isshhhh...macam-macam ler dorang nie.....

Kathy R'bain said...

hehehe..ada2 je..

ieta mat sa'ad said...

Ish3... omputih2... ommelayu pown kalo cenggitu, mmg tak kisah manusia keliling gak... haha
Sifu, maaf lama tak singgah sini. Nak singgah, ada je hal...huhu...