Header Ads

Mati Setelah Bekerja 30 jam Tanpa Henti

Mita Diran
Berita kematian seorang gadis yang bertugas sebagai penulis iklan di agensi pengiklanan Young & Rubicam Group (Y & Y Group) kerana bekerja selama 30 jam tanpa henti, menggemparkan laman-laman sosial Twitter dan Facebook sejak semalam.

Mita Diran, 27, dilaporkan bekerja tanpa mengenal penat selama 30 jam dan perkara itu diketahui menerusi status terakhir yang ditulis di akaun Twitter peribadinya.
Mita dalam akaun Twitter dengan nama profil @mitdow pada pukul 6.47 petang 14 Disember menulis 30 hours of working and still going strooong (30 jam bekerja dan masih bertahan)

Mita Diran
Sehari selepas status itu ditulis, pengikut-pengikutnya di Twitter dikejutkan dengan berita pemergiannya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mita Diran atau nama sebenarnya Pradnya Paramita dilaporkan rebah dan dikejarkan ke Hospital Pusat Pertamina di sini untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, bapa Mita Diran, Yani Syahril memberitahu, anaknya berada dalam keadaan koma dan peluang untuk kembali pulih amat tipis.

Dalam status yang ditulis di laman sosial Path, Yani berkat anaknya itu rebah selepas bekerja tanpa henti selama tiga hari berturut-turut.

Mita Diran
Di laman Twitter juga, rakan-rakan terdekat Mita Diran melaporkan, gadis cantik yang berambut pendek itu turut mengambil minuman bertenaga berlebihan bagi membantunya cerdas ketika bekerja.

Berita kematian Mita Diran juga disahkan oleh pengurusan Y & Y Group yang turut menghormati pemergian kakitangannya dengan menutup operasi syarikat selama sehari.
Penutupan operasi syarikat itu dibuat bagi membolehkan seluruh kakitangan menghadiri majlis pengebumian Mita Diran di Tanah Perkuburan Umum Jeruk Purut di sini pagi ini.
 

4 comments

Qashmere said...

Inilah pekerja contoh yang memberi 11000000%% komitmen. Patut diberi anugerah.

Tapi sian dah arwah.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

bahaya betul.. 30 jam tanpa henti tu..

Normi Nieza said...

mak aii..rajinnya dia..cik lbh 2 3 jam dah merungut walaupon dibayar ot..hihik

Kathy R'bain said...

obses kerja..