Header Ads

Apa Itu Anchor Text

Apa Itu Anchor Text
Hari ini aku nak berbicara tentang anchor text. Dan aku rasa ramai telah menggunakan teknik ini beratus-ratus kali. Malah jika diblogspot post terdapat icon hypertext link yang disediakan iaitu "link", malahan dalam link tersebut tersedia pilihan samada hendak "nofollow" atau "open at new window"

Biasanya kita akan menggunakan anchor text untuk linkkan ke laman web lain. Pada dasarnya kita melihat teknik ini it a normal practice tetapi ia memberi impak yang besar jika kita memahami fungsi anchor text.

Apa itu Anchor Text?
Adalah sebuah text yang menggunakan hypertext link dan jika diklik boleh membuka laman web yang di link kan. Biasanya apabila kita membawa tetikus ke link tersebut ianya berbentuk jari tangan..hehehehe.,
Apa Itu Anchor Text
Kenapa Anchor Text Penting?
Semua sedia maklum enjin carian mengumpul data dengan berjalan-jalan (crawl) ke semua laman web melalui link dan kemudian ia akan lompat satu satu link ke link yang lain.

Link kita boleh andaikan sebagai saluran darah enjin pencari dan dari situ ia akan identifikasikan topik setiap post tersebut. Jika 100 post link ke post "SEO Di Blogger" atau bersamaan dengannya maka enjin pencari berkeyakinan bahawa post kita ini mengenai SEO di blogspot.

Keyword
Pastikan setiap anchor text yang dilakukan mempunyai keyword yang hampir sama dengannya. Sebagai contoh anda mahu linkkan post anda ke post yang bertajuk "Apa Itu SEO" tetapi anchor text yang dilinkkan ialah "Klik Di Sini".

Apa kena mengena Klik Di Sini dengan post atau keyword yang hendak dilinkkan itu. Sebaik-baiknya anchor text mestilah sama atau hampir sama.

Sebagai contoh "Pelajari SEO Dengan Berkesan". Ayat "Klik Disini" langsung tidak menunjukkan apa yang terkandung dalam link tersebut. Jadi, jangan amalkan anchor text yang salah ok.

Manfaatkan sebaik yang mungkin dan Gunakan Anchor Text Secara Berkesan.

Berhati-hati Mengguna Anchor Text.
Katakan anda dah faham apa keyword yang hendak dipakai. Tetapi pastikan jangan menggunakan terlalu banyak link yang mempunyai anchor text yang sama.

Sebagai contoh sekarang ini anda menyertai pertandingan SEO yang bernama "Contest SEO Eridy".

So anda gunakan semua keyword menggunakan text yang sama, ini akan menyebabkan Google bersyak wasangka dengan anda dengan mengandaikan link anda ini tak normal atau spammer.

Sebaik-baiknya ialah variasikan keyword anda itu sepetri "Contest SEO Eridy", "Eridy SEO", "Contest Eridy" dan sebagainya janji tak sama !!!
Sesekali kita kena tipu Pak Google jugak....hehehehhe.

Kesimpulannya ialah semua orang memahami anchor text tetapi seringkali melakukan kesilapan dengan tidak memaksimakan penggunaan Anchor Text secara berkesan. Kerana Anchor Text bersangkut paut dengan keyword dan jika gunakan link yang sama pastikan gunakan keyword yag pelbagai tetapi hampir sama.

3 comments

husna zahidi said...

itu namanya anchor text.. kemain sedap.. hehehe..

Sukma Haron said...

macam tak faham jer....

Kathy R'bain said...

macam pening jer..huhuhu..