Jambatan beralun bakal dibina di China - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Jambatan beralun bakal dibina di China


Jambatan beralun
Ekoran bosan dengan jambatan konvensional sedia ada, sepasukan arkitek di China merancang untuk membina sebuah jambatan berbentuk gelombang terbesar di dunia.

Sebuah akhbar melaporkan, struktur gelombang itu akan dibina sebagai jambatan pejalan kaki merentasi Sungai Limbungan Raja Naga di sini, dalam wilayah Hunan di selatan China.

Reka bentuk prasarana tersebut dihasilkan oleh firma arkitek yang berpangkalan di Beijing dan Amsterdam, NEXT Architects.

"Reka bentuk jambatan yang bersilang itu adalah berdasarkan prinsip cincin Mobius," kata jurucakap NEXT Architects, Michel Schreinemachers di laman web firma itu.

"Ia juga menyerupai sejenis simpulan tali yang merupakan hasil seni masyarakat dahulu kala di China," tambahnya.
 

3 comments:

KorN said...

fuiyoo. kalau betul jadi nanti. smart..

Leeza Dayasari said...

wow itu ker cotnoh jambatan ..

Kathy R'bain said...

canggih..