Header Ads

Langkawi --Padang Besar Holiday 2013

 
Langkawi --Padang Besar Holiday 2013
Hari ini mengantuk sangat dan hari ini aku terpaksa apply Monday Blues. Ini semua gara-gara baru balik dari Langkawi holiday bersama rakan-rakan kilang.

Memang penat giler sebab jadual perjalanan terlalu ketat sangat, dimana jadual perjalanan kami hanya 2 malam 1 hari sahaja... Dari Melaka ke Langkawi kemudian pergi ke Padang Besar dan pulang ke Melaka.

Langkawi --Padang Besar Holiday 2013
Kalau ikut jadual sepatutnya kami tiba di Melaka pukul 8.00pm tapi tiba tadi pagi pukul 4.00am. Dan kemudian pukul 8.00am masuk kerja...huhuhuhu.

Anak buah aku yang kerja pagi semua aku kasi cuti sebab production pun tengah slow sangat cuma aku terpaksa datang sebab orang kanan aku cuti dan lagi pun esok ada audit inventori akhir tahun.

Walau apa pun aku bersyukur sepanjang perjalanan kami semuanya dalam keadaan amat baik. Semua jadual perjalanan berjalan dengan lancar dengan kerjasama pemandu pelancong. Aku lihat anak-anak buah aku semuanya seronok sangat.

Langkawi --Padang Besar Holiday 2013
Dan kali ini kami pergi ke Klim Geo Park Langkawi memang awesome naik bot, masuk gua kelawar, lihat ikan pari jinak dan lihat burung helang.

Kedua pengalaman pertama aku naik kereta kabel Langkawi yang aku idam-idamkan tahun lepas akhirnya kesampaian jua. Tapi manusia punyalah ramai nak menunggu giliran tetapi berbaloi dengan penantian kami.

Ketiga kami pergi akuarium Langkawi, aku dah pergi tahun lepas so excited tu kurang sikit ler tapi budak-budak aku memang happy dapat lihat penguin, ikan jerung yang bagak-bagak.

Akhirnya cabaran terakhir kami ke Padang Besar memang mencabar. Sebab 80% penumpang kami ialah Myammar dan Nepal. Hati aku risau aku kalau imigresen tahan, tapi syukur alhamdulilah semuanya berjalan lancar atas kurniaNya.

Biasalah budak-budak remaja ini semuanya borong teddy bear besar termasuk aku belikan untuk anak perempuan yang tak ikut sebab muntah-muntah..huhuhuhuhu.

Sekarang ini hanya satu lagi impian kat Langkawi iaitu nak naik bot jalan-jalan di Pulau Dayang Bunting selama 4 jam!!!


 


 

4 comments

Normi Nieza said...

a.hanif nak ole2 dari langkawi..hihik

Kathy R'bain said...

nak coklat.. :)

Hainomharyani Suratman said...

Berjakan sakan nampaknya....sempat pulak yek mcm mcm benda buat dlm 2 hari 1 malam

Sukma Haron said...

dah lama tak ke Langkawi....bestnya kat sana....