Vampirestat Penipuan Trafik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Vampirestat Penipuan Trafik

Vampirestat
Rasanya ramai dah dengar atau pernah terlihat di blog anda trafik dari vampirestat. Inilah salah satu penipuan trafik yang kita panggil Spam Stat. Dan jika kamu klik link tersebut maka kamu akan dibomkan dengan trafik yang penuh penipuan tetapi tiada nilai..

Perkara ini baru saya sedar apabila tempoh hari rakan blogger saya meminta tolong periksa blog dia. Semasa aku  periksa, aku lihat trafik yang dia perolehi 2000 pageview sehari tetapi bila aku check All Time untuk lihat post mana yang dapat pageview tinggi, tak der....emmmm... Sah-sah Spam!!!

Lalu aku membuat sedikit kajian dan mendapati, vampirestat ini memang sebuah laman spam.

Vampirestat
Untuk rakan-rakan yang menjumpai laman-laman spam dibawah ini dan mendapat pageview berton-ton banyaknya stat blog anda, jangan klik pada link tersebut. 

Tapi biasanya anda akan klik sebab dalam hati mesti tertanya-tanya link apakah yang memberi aku trafik yang tinggi sebegini?

Jika anda klik pada link tersebut, secara minimum anda akan disuapkan dengan iklan dan paling teruk anda akan menjadi mangsa malware .

Dibawah adalah senarai spam stat yang biasanya muncul di blog anda. Cuba periksa, adakah spam website ini ujud di trafik pageview anda?

http://www.vampirestat.com/
http://thetaoofbadass.pw
http://blogsrating.pw/
http://awsurveys.com
http://www.adsensewatchdog.com
http://google.adsensewatchdog.com
http://blogger-custom-domain.blogspot.com
http://kmzackblogger.blogspot.com

Kesemua link-link diatas tidak memberi apa-apa nilai unik pada blog anda samada pada Google and Google Adesense dimana spammer website sebegini akan membuat automatik trafik ke blog supaya dapat menarik perhatian anda klik ke website mereka.

Ini hanya sebagai pemberitahuan jika anda mendapat pageview terlalu tinggi secara tiba-tiba , hanya ada 2 sebab sahaja iaitu:
a) Keyword artikel anda adalah keyword bermusim yang tengah meletup isunya di pasaran.
b) Spam stat...

Untuk trafik yang naik secara tiba-tiba,  lihat dahulu trafik datang dari mana. Jika trafik yang datang dari enjin carian seperti Google.com maka blog anda kini dalam trek yang betul.
Dan jika datang enjin spam seperti diatas maka, pageview yang anda terima adalah palsu!!!

13 comments:

Adam Faiz said...

Nice sharing

Niesa said...

lepas ni kena hati2 la kan bila check..thanks share.. :)

Normi Nieza said...

xpernah dgr..nice sharing..:)

Hootoh Tudia said...

Owh.. patutla. Terutama blog yang keyword dalam bahasa inggeris, mmng selalu ada. Ada cara nk atasi benda ni?

Haryati Faizal said...

erm..dapat gak link ni sib baik tak klik...

Raudzah Z said...

My Blog was critically attacked by this stat. Ad cara ke nak stop them hanif?

BM said...

Thanks Tuan krn beri info berguna ini.

Kathy R'bain said...

hmm...mcm2 la..

Hanif Idrus said...

Sebenarnya tak der cara....hehehehe
Sebab IP dia tersembunyi...

Sukma Haron said...

so far tak pernah kena lagi....be careful.....

husna zahidi said...

hari tu sangkut seketul dalam husna punya stats..

Solehah Shamsuddin said...

Buat masa ni sy xpnh kena lagi. Hati2 lah ye kepada yang penah dilawat.

Ismail Ahmad said...

dulu penah gak tetiba traffik blog naik mencanak canak.. pelik aje rase..